Buat peminat animasi tempatan, pasti kenal dengan siri Mechamato yang merupakan prekuel kepada siri BoBoiBoy.
Siri tersebut menggunakan latar belakang lokasi yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka dan di dalam siri berkenaan bandar tersebut diberi nama Kota Hilir.
Artikel berkaitan: “Tiada unsur negatif” – Ibu Bapa Di Jepun Dedah Punca Mechamato Jadi Pilihan Kanak-Kanak
Artikel berkaitan: Mechamato Cipta Sejarah, Animasi Luar Jepun Pertama Menangi Anugerah Peminat Anime Di Tokyo
Baru-baru ini, di laman media sosial X, seorang pelancong dari Indonesia berkongsi dia serta adiknya bercuti ke Melaka bagi menyaksikan sendiri keindahan lokasi yang menjadi latar belakang siri animasi tersebut.
My 1st time in Malaysia. Never imagined I would be able to see Boboiboy x Mechamato set irl. Sampe nangis karena excited ? Btw, both my sister and I are spheraverse big fans since like 11-12 years ago and this is one of our biggest achievement so far wkwkwkwk ?? pic.twitter.com/o1ob77c8BN
— Puffie’s (@puffclawndoryn) November 14, 2023
“Ini adalah pertama kali saya ke Malaysia, tidak pernah saya bayangkan saya berpeluang untuk melihat sendiri lokasi ‘penggambaran’ BoBoiBoy x Mechamato.
Sampai menangis kerana teruja. Saya dan adik merupakan peminat setia Spheraverse sejak beberapa tahun lalu,” tulisnya.
Malah dalam ciapannya itu dia turut berseloroh bahawa ia merupakan pencapaian terbesar dalam hidup mereka berdua.
“Welcome to Malaysia”
Dalam ruangan reply, rata-rata rakyat Malaysia membalas ciapan peminat setia siri animasi itu dengan mengalu-alukan kedatangan mereka, malah ada juga yang merekomendasi untuk mencuba makanan-makanan yang ada di Bandaraya Bersejarah itu.
Comel sangat!
Sumber: X