Baru-baru ni, tular satu video di media sosial menunjukkan sebuah pesawat Malaysia Airlines MH4 (MAS) berjaya melakukan pendaratan yang smooth ketika taufan Eunice di Lapangan Terbang Antarabangsa Heahthrow di London.
Untuk pengetahuan korang, ketika rakaman dibuat oleh Big Jet TV pada 18 Februari lalu, London telah dilanda taufan Eunice yang mengakibatkan cuaca buruk diikuti angin kencang sehingga amaran bahaya telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi di sana.
Malah, taufan ini juga turut dikatakan sebagai taufan paling buruk dalam tempoh beberapa dekad. Disebabkan ini juga, ramai yang memuji kehebatan juruterbang Airbus A350-900 yang berjaya mengendalikan pesawat itu.
Our very own @MAS landing at Heathrow Airport during #StormEunice, 18 February 2022. Bravo to the pilot!!!???
“Beautiful aeroplane!” – @BigJetTVLIVE pic.twitter.com/SUl24RQOUa
— Rekomen Filem?? (@RekomenByAsrul) February 19, 2022
Menerusi temubual bersama Utusan TV, pesawat MH4 yang tular itu telah dikendalikan oleh Kapten Low Boo Keng dan co-pilot Pegawai Pertama Muhammad Firdaus Mohd Sharif.
Kapten Boo Keng atau lebih mesra dipanggil Kenny ini telah pun mempunyai pengalaman dalam bidang penerbangan selama 31 tahun tau!
Manakala Muhammad Firdaus yang berasal dari Shah Alam ini pula mempunyai pengalaman penerbangan selama 12 tahun.
Angin dari semua arah sampai kokpit bergegar
Menceritakan pengalaman mendaratkan pesawat MH4 ketika taufan Eunice, Firdaus mengatakan ia merupakan pengalaman yang luar biasa.
Mana tidaknya, angin kencang yang berlaku ketika itu dapat dirasakan dari ketinggian 10,000 hingga 15,000 kaki dari landasan. Biasanya, 1,000 hingga 2,000 baru rasa cuaca buruk.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke London (Heathrow) mengambil masa 13 ke 14 jam.
“Selalunya kalau keadaan cuaca yang teruk, kita akan alami bila nak mendarat iaitu lebih kurang 1,000 atau 2,000 kaki sampai ke landasan.
“Tapi keadaan ketika Eunice tu saya rasa 10,000 kaki ke 15,000 kaki kita dah rasa angin dah kuat.
“Kuat bukan dari satu arah sahaja, tapi dari arah kiri, kanan, depan dan belakang mengakibatkan gegaran di dalam kokpit, kalau di kabin rasanya lagi teruk.”
Kenny pula mengatakan yang mereka telah pun tahu mengenai taufan Eunice dan ketika itu angin memang kencang dan pesawat bergoyang.
Pada pukul 3.22 petang waktu di London, kita dah tahu ada ribut Eunice dan cuaca masa tu memang angin kencang, tak tentu arah.
“Pesawat pun memang tengah bergoyang kiri kanan.”
Namun begitu, Firdaus memberitahu latihan yang diterima di akademi telah membuatkan mereka tenang ketika melakukan pendaratan. Malah lelaki ini percaya, jika diberikan situasi yang sama kepada juruterbang MAS yang lain pun mereka akan dapat lakukan perkara yang sama.
Wow, impress betul dengan cara dorang. Bangga jap!
Baca: “Real snake on a plane” – Pesawat KL-Tawau Terpaksa Emergency Landing Gara-gara Seekor Ular?