in

“Sampai dua kali ganda!” – Netizen Berang Harga Tiket Penerbangan Naik Lepas Umum Tarikh PRU15?

tiket flight pru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh 19 November ini sebagai hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu sudah pastinya membuatkan ramai rakyat Malaysia yang berada di negeri berlainan untuk pulang mengundi mengikut kawasan serta alamat yang telah mereka daftarkan sebagai pengundi.


2010 HARI MENGUNDI DIUMUM HARI NI 2

Khidmat penerbangan diperlukan bagi mereka yang berada jauh daripada tempat mengundi, sebagai contoh mereka yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi mendaftar sebagai pengundi di Sabah mahupun Sarawak.

Sejurus pengumuman itu dilakukan, ramai yang ingin membeli tiket penerbangan tetapi apa yang menyedihkan, harga tiket tiba-tiba mencanak naik, malah ada yang mengatakan harga tiket naik sehingga dua kali ganda daripada harga biasa.

“Asal PRU je tiket kena naik ke?” 

Tinjauan di media sosial Twitter mendapati ramai netizen yang tidak puas hati dengan perkara tersebut, tidak kurang juga ada yang mengatakan syarikat penerbangan ini seakan mengambil kesempatan atas situasi ini.

prutiks

Harap adalah penyelesaiannya, mengundi tu kan kewajipan pada negara…

Baca: 8 Fakta Menarik Menjelang PRU 15 Yang Perlu Korang Tahu

Fakta Menarik Pru15

Sumber: RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.