in

“Sampai acu pistol” – Nynaa Harizal Didakwa ‘Diculik’ Keluarga Sendiri, Suami Buat Laporan Polis

collage 4

Suami kepada pelakon baru Nynaa Harizal, Fahmy Ilyas baru-baru ini telah membuat laporan polis mendakwa isterinya telah diculik oleh ibu bapa mentuanya pada Isnin lalu.

Menurut mStar, isterinya yang baru dikahwini dua bulan lalu ini telah dilarikan dari satu lokasi penggambaran di Shah Alam.

Namun lelaki ini tak pasti di mana isterinya berada sekarang dan mengesyaki Nynaa kini berada di rumah keluarganya di Johor selepas dilarikan.

Apa yang saya boleh katakan tiada masalah antara saya dan isteri, kami masih bersama… spend time together, sweet to each other jadi tiada isu antara kami. Kami baru kahwin dua bulan.”

670CB086 B073 4331 8AEB EFD9609FCDAB

Guna senjata api

Ekoran dari ini, Fahmy telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam kerana dilarikan tanpa pengetahuannya.

Dia buat begitu dengan mengugut pengawal peribadi saya menggunakan senjata api. Saya guna perkataan ‘penculikan’ dalam laporan polis sebab saya tiada sebarang informasi apa yang berlaku ketika itu.”

Keluarga isteri tak suka sebab status kewangan?

Screenshot 2021 11 04 at 12.34.10 PM

Memetik laporan dari Kosmo pula, Fahmy mendedahkan yang dia dan keluarga isterinya mempunyai isu sejak dari awal mereka berkahwin oleh kerana status kewangannya yang kurang kukuh namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Dari segi aspek kewangan, memang ada isu sejak permulaan perkahwinan. Saya baru berusia 29 tahun, mereka tak boleh harapkan saya ada segala kemewahan.

“Tapi saya taknak perincikan tentang hal itu (status kewangan). Macam tak elok kalau cakap.”

Katanya lagi, dia telah cuba menghubungi isterinya namun panggilannya akan masuk ke dalam mel suara.

WhatsApp pun ‘single tick’. Jadi, saya tak tahu. Si bapa cakap, anak dia dan dia tahu macam mana nak jaga (anaknya). Saya tak rasa si bapa akan sakiti anaknya tapi sama ada dia (Nynaa) tertekan, cukup makan, sedang nangis, saya tak tahu.”

Namun lelaki ini mengharapkan masalah yang tercetus ini dapat diselesaikan secara bersemuka kerana dia enggan terus melibatkan pihak polis dalam perkara ini.

Harapnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidaklah sampai membawa ke perbuatan jenayah…

 

Baca: Pelakon Buat Laporan Polis Lepas Suami Panas Baran Pukul Dirinya & Anak Hingga Cedera

collage 3