in

Salji Turun Di Arab Saudi & Gurun Sahara Cetus Fenomena ‘Rare’

Ft Salji Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

2 minggu lepas, berlaku fenomena alam yang ‘menggemparkan’ dunia apabila salji bukan sahaja turun di Arab Saudi, malah di Gurun Sahara juga!

Fenomena ganjil ini menyaksikan suhu terutamanya di Wilayah Asir mencatatkan penurunan suhu sehingga mencecah -2 darjah celsius ekoran cuaca sejuk dan salji. 


Suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi pula adalah 14 darjah celsius manakala Jeddah mencatatkan penurunan suhu sehingga mencecah 21 darjah celsius.

Wilayah Tabuk yang pada tahun lepas mencatat penurunan suhu sehingga di bawah takat 0 darjah celsius pula kini mencatatkan 7 darjah celsius sekitar awal pagi Isnin.

Saudi 2

Ini adalah pertama kali dalam tempoh lebih daripada setengah abad dimana suhu di sana jatuh di bawah takat beku. Menurut laporan Forbes, kejadian ‘rare’ ini telah berlaku hanya sebanyak 3 kali dalam tempoh 37 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1976, 2016 dan 2017.

Saudi 1

Selain itu, Gurun Sahara yang terkenal sebagai salah satu tempat yang mempunyai suhu yang agak panas di dunia ini juga tidak terkecuali daripada ‘menerima’ perubahan fenomena bersalji ini.

Gurun Sahara menyaksikan salji yang turun menyelaputi landskapnya pada suhu -2 darjah celsius! 

Salji dilihat menyelaputi kawasan di sana yang berhampiran dengan sebuah pekan gurun, Ain Sefra, Algeria pada 13 Januari 2021 apabila suhunya jatuh sehingga -3 darjah celsius.

Kejadian yang tidak disangka-sangka ini telah berjaya dirakam oleh seorang jurugambar, Karim Bouchetata yang dimuat naik dan dikongsikan olehnya di akaun Instagramnya sehingga menjadi viral.

Sahara 3

Sahara 2

Sahara 1

 

Sumber: Timesnownews, Geo News, The Sun

Baca: Antartika Berubah Wajah, Fenomena Aneh Salji Putih Bertukar Hijau!

Baca Salji

Sumber: The Sun
Sumber: Geo News
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.