Tiga wanita dan sekurang-kurangnya enam kanak-kanak disembelih oleh lelaki bersenjata dipercayai kartel dadah semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis perkahwinan.
Insiden dilaporkan berlaku dekat sempadan Amerika Syarikat-Mexico dengan kesemua mayat ditemui dalam sebuah kereta utiliti sukan (SUV) yang terbakar.
Menurut dailystar, mangsa dikenali sebagai Rhonita Maria LeBaron maut dibunuh bersama dengan anak kembarnya berusia enam bulan, Titus dan Tian serta dua lain kanak-kanak lain dikenali sebagai Krystal, 10 tahun dan Howard, 12 tahun.
Selain itu Christina Langford Johnson, 31 tahun, Dawna Ray Langford, 43 tahun dan dua anak Dawna, Trevor, 11 tahun dan Rogan, 3 tahun turut ditembak mati.
Dibawah merupakan antara mangsa-mangsa yang maut

Dilaporkan sekurang-kurangnya 17 orang yang terdiri daripada keluarga LeBaron dan Langford dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan dengan menaiki caravan.
Sebelum lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada caravan dan mengenai tangki minyak sebelum meletup.

Lebih menyedihkan apabila salah seorang ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan memberitahu, dia menjumpai kenderaan tersebut yang hangus terbakar dan didalamnya masih ada anak saudara lelaki isterinya dan empat orang anaknya.
Keluarga ini menuju majlis perkahwinan pada Isnin sebelum diserang lelaki bersenjata dipercayai kartel dadah dari Chihuahua, berhampiran bandar Bavispe, dan saya percaya ia adalah kes salah identiti”
Dipercayai sekurang-kurangnya 13 lagi individu dari keluarga itu masih gagal dikesan.