in

“Salah SPR, saya kena jumpa pengarah” – Pengundi Di Setiawangsa Berang SPR Tak Benarkan Mengundi

pengundi setiawangsa tidak dibenarkan mengundi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengguna Twitter, Aisha Adam yang sepatutnya mengundi di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa bertindak untuk tidak meninggalkan sekolah berkenaan selepas mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkannya untuk mengundi hari ini.

Difahamkan, Aisha yang telah dua kali mengundi untuk Parlimen Setiawangsa mendedahkan bahawa pegawai SPR tidak membenarkannya untuk mengundi disana disebabkan namanya telah didaftarkan sebagai pengundi pos.


Perkara tersebut membuatkannya tidak berpuas hati dengan tindakan SPR berkenaan kerana beliau tidak pernah mendaftar untuk melakukan undian secara pos dan akan kekal di pondok SPR SK Setiawangsa sehingga pusat tersebut ditutup sebagai tanda protes.

Fh5K4yWUAAAErYB

“Saya boleh buat laporan, tetapi tak boleh mengundi”

Tambahnya lagi ketika dihubungi pihak wartawan, pegawai SPR memberitahu bahawa dia boleh melakukan rayuan kepada Pengarah SPR namun tetap tidak dibenarkan untuk mengundi sehingga menerima jawapan dari pihak SPR.

Difahamkan, wanita berusia 36 tahun tersebut akan membuat laporan polis selepas ini atas kejadian tersebut.

Menurutnya dalam bebenang yang dikongsikan di Twitter pagi tadi, pegawai SPR memberitahu bahawa namanya telah didaftarkan sebagai pengundi pos di Australia menerusi nombor telefon pada tahun 2015.

Wanita tersebut menyangkal perkara tersebut kerana menurutnya, dia ke Australia untuk menyambung pelajarannya di sana tetapi tidak pernah mendaftarkan diri sebagai pengundi pos atau membuka akaun MySPR seperti mana pengundi pos yang lain.

Sehingga kini, pihak media sedang menunggu jawapan balas daripada SPR.

Baca : Ilham Centre Ramal PH Bakal Dapat Kerusi Terbanyak Tapi Tak Peroleh Majoriti Mudah

ilham centre ramal ph kerusi banyak

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.