in

Saksi Dakwa Proses Sembelih Daging Import Tak Ikut Prosedur, Kambing Dilemaskan & Penyembelih Minum Arak?

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya, kita akan lebih cenderung untuk membeli daging yang diimport dari luar negara berbanding daging tempatan ekoran harga yang lebih murah. Antara pengeksport terbesar daging import adalah dari Australia.

Bagaimanapun baru-baru ini, satu pendedahan telah dibuat mengenai status halal sebuah pusat penyembelihan haiwan di Australia. Tempat ini juga turut mengeksport daging yang disembelih ke Malaysia.


Memetik laporan dari Utusan, bekas pekerja pusat penyembelihan ini, Abdullah telah tampil mendakwa proses penyembelihan di sana tidak mengikut protokol halal yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu pun Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA).

Kambing dilemaskan, mati digigit anjing, penyembelih tak solat, minum arak

Baru Ppim 600X402 1

Menurut Abdullah, haiwan-haiwan tersebut telah dilayan secara kejam sebelum disembelih membuatkan status halal meragukan.

Semua kambing itu dilemaskan dalam darah binatang yang disembelih sebelum itu seperti berlaku awal Januari lalu atau mungkin lebih awal da­ri itu. Persoalannya, adakah ini SOP baharu Jakim? Lemaskan kambing yang baru disembelih walaupun belum mati lagi.

“Ada kambing mati digigit haiwan liar seperti anjing yang berkeliaran di kawasan rumah penyembelihan itu sebelum sempat disembelih. Jadi status halal itu meragukan.

“Apatah lagi pekerja di pusat sembelihan terbabit yang menjadi pemantau halal juga tidak mengamalkan ajaran Islam se­bagaimana dituntut syarak. Tidak solat, tidak berpuasa dan minum arak. Malah ada yang tidak tahu pun nak menyebut perkataan Allahuakbar.

“Jadi bagaimana mereka bo­leh sembelih binatang yang di­ja­dikan makanan untuk orang Islam.”

Jakim nafi proses penyembelihan tak ikut SOP?

Daging 1637665073

Ketika pendedahan ini dibuat pada awalnya, Jakim dikatakan telah meminta penjelasan SICHMA dan mendapat makum balas mengatakan audit berkala telah dijalankan di pusat sembelihan berkenaan.

Namun selepas itu, dia telah dipecat kerana membocorkan rakaman video dan gambar sebagai bukti dan menerima pelbagai ugutan dan ancaman.

Bagaimana pada 14 April la­lu Jakim boleh mengeluarkan kenyataan akhbar yang menya­takan proses di pusat sembelihan berkenaan itu tidak me­lakukan sebarang pe­langgaran protokol halal me­ngikut SOP.

“Walhal sehingga pada hari saya dipecat iaitu pada Jumaat 22 April, perkara itu masih berlaku. Malah, hanya ada dua pe­gawai untuk menyembelih 6,500 ekor kambing, sedangkan ia se­patutnya ada empat orang.”

Tambah Abdullah lagi, sepanjang dia bekerja di pusat penyembelihan itu, dia telah cuba membangkitkan hal ini kepada pihak SICHMA dan Jakim namun tak diambil peduli.

Malah, pemantauan audit halal hanya dibuat enam bulan sekali dan biasanya pihak syarikat akan dapat tahu dulu sebelum pemeriksaan dibuat.

Abdullah yang juga seorang guru agama dan imam masjid di Australia berharap pihak berkuasa di Malaysia dan Australia dapat mengambil tindakan drastik terhadap perkara ini dan tak akan berhenti membongkar kegiatan ini demi kemaslahatan umat Islam.

Uish, bukan boleh bawak main ni. Memang kena periksa betul-betul.

 

Baca: “Tak nak lah sebut menteri mana” – Penjual Daging Segar Dah Lama Suspek Isu ‘Kartel Daging’ Tapi Pihak Berkuasa Buat Tak Tahu

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.