in

Saintis Dakwa Gerhana Matahari Boleh Hapuskan Coronavirus?

Untitled Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermacam teori dikeluarkan tentang punca penularan wabak berbahaya COVID-19 sebelum ini. Kalau recap semula, ada yang kata ia bermula dari pasar haiwan eksotik di Wuhan. Ada juga yang dakwa ia terlepas dari sebuah makmal virus dan menyalahkan pembangunan gelombang 5G sebagai punca penyebarannya.


Pendek kata, macam-macam teori. Terbaru, ada pula yang mengaitkannya dengan proses gerhana matahari! Macam mana pulak tu?

Express melaporkan, seorang saintis dari India mendakwa beliau percaya penularan wabak itu bermula selepas partikel-partikel yang telah melalui proses mutasi bercampur dengan neutron yang terhasil selepas fenomena gerhana matahari.

Images

Bagi menguatkan dakwaannya, Dr KL Sundar Krishna menjelaskan — ia susulan daripada kemunculan terakhir gerhana matahari pada 26 Disember tahun lalu, di mana virus itu dikatakan muncul daripada lapisan atmosfera atas.

Katanya, di lapisan itulah berlakunya mutasi struktur molekul yang berkemungkinan menjadi punca terjadinya penularan virus tersebut.

Dan disebabkan ia berpunca dari gerhana matahari, beliau juga percaya fenomena alam sama dapat menghapuskan virus itu. Katanya, sinaran matahari yang kuat ketika gerhana esok dipercayai berupaya menyahaktif virus itu dan sekali gus menamatkan penularannya di seluruh dunia.

Hmm, nak percaya atau tidak — terpulang pada anda.

 

Baca: “Kerajaan Trump cipta untuk musnahkan China” – 4 Teori Kospirasi Dahsyat Perihal ‘Kemunculan’ COVID-19

Uu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.