Dalam melaksanakan ibadah solat, sudah semestinya salah satu syarat sah adalah memastikan diri suci daripada sebarang najis (kecuali tidak boleh dikawal dan tidak dapat dikesan oleh mata, menuruf Mufti Wilayah Persekutuan).
Jadi, pentingnya persediaan rapi buat diri kita dan anak-anak jika ingin menunaikan solat jemaah di masjid kerana kebarangkalian ia boleh mengganggu jemaah lain.
Artikel berkaitan : “Imam baru bagi salam” – Anas Tahir Terkejut Pak Cik Ajak Budak Bergaduh Gara-gara Ingin Rapatkan Saf
Artikel berkaitan : “Solat tak sah” – Pernah Viral Pasangan Kekasih Solat Jemaah Secara ‘Online’, Ini Komen Dr Zul…
Sebuah masjid tempatan terpaksa menutup sebahagian daripada satu ruangan saf dan pihak masjid terpaksa ‘memagar’ kawasan kecil itu dengan tali merah kerana ada seorang jemaah menyatakan seorang kanak-kanak ‘terkencing’ dalam seluar ketika solat.
“Kalau bawa anak umur bawah 7 tahun ke masjid, sila pastikan anak bukan dalam keadaan menahan kencing.”
“Saf kedua ni terpaksa dipagar beberapa hari sebab bekas budak kencing ketika dalam solat. Dia solat tepi ayahnya. Masa rakaat pertama dah berjoget-joget nak kencing.”
“Si ayah tak perasan anak bagi signal.”
“Tak tahulah tak perasan atau “takut” nak berhenti solat. Saya yang kat tepi belakang perasan budak tu nak kencing.”
Dia yang pada ketika itu perasan dengan gerak tubuh kanak-kanak itu yang seperti tidak mampu menahan lagi dan matanya terpandang yang kanak-kanak itu akhirnya terpaksa ‘melepaskan hajatnya’ sampaikan basah karpet. Jelasnya lagi, ayahnya membiarkan kejadian itu berlaku dan meneruskan solat sehingga habis.
“Sebelum rukuk budak tu terkencing dalam seluar sampai basah karpet. Walaupun dah kencing dalam kuantiti yang banyak tapi ayahnya tetap meneruskan solat macam biasa sampai habis. Kesian AJK masjid bersusah payah untuk selesai masalah najis ni.”
Oleh itu, Mohd Yazid menasihati para ibu bapa agar sentiasa pastikan anak-anak dalam keadaan baik sebelum menunaikan solat di masjid agar tidak berlaku perkara sebegini.
Sumber : Facebook, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur