in

Sabri Yunus & Angeline Tan Kini Sah Jadi Pasangan Suami Isteri

F3 Sabri Yunus Angeline Tan Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan drama komedi legend dulu-dulu iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang dibintangi oleh Imuda, Zami Ismail, Khatijah Tan, Sabri Yunus, Angeline Tan dan ramai lagi pelakon veteran yang hebat kan?

Hari ini, pelakon drama tersebut Angeline Tan telah pun sah bergelar isteri kepada Sabri Yunus yang juga popular dengan drama Pok Ya Cong Codei.


Perkahwinan di antara kedua-dua pelakon tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram pelakon, Issey Fazlisham.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Issey, dia juga mengucapkan tahniah kepada Sabri Yunus dan Angeline Tan atau nama Islamnya Ardini.

8

Artikel Berkaitan: “Kalau betul apa salahnya” – Foto Syamsul Yusof Tersebar, Dakwa Dengan GF Baru?

Artikel Berkaitan: Tak Mengarut! 6 Isi Tersirat Dari Hantu Kak Limah Yang Ramai Tak Tahu

Menurut laporan Utusan, pengarah dan pelakon, Sabri Yunus menceritakan bahawa beliau sudah merancang untuk berkahwin dengan Angeline sejak tiga tahun lalu namun beliau menunggu pelakon berusia 56 tahun itu bersedia untuk memeluk agama Islam.

Sabri Yunus

Difahamkan, Angeline Tan memeluk Islam pada awal Oktober lalu.

Walaupun mereka berkenalan menerusi drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu sejak tahun 1992, namun hanya mula betul-betul rapat sejak tiga tahun lalu.

Kami berdua pernah merasakan kehilangan. Susah senang, sihat sakit saling menemani,” kongsi Sabri.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.