Baru-baru ini, filem tempatan terbaru iaitu Imaginur yang dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle telah mendapat reaksi positif daripada peminat filem sebab katanya filem ni lain daripada yang lain. Memang ramai yang kata Imaginur ni best tau!
Selain itu, poster filem Imaginur juga telah meraih perhatian daripada warganet terutamanya di TikTok kerana Beto Kusyairy dikatakan sebenarnya tidak memegang tangan Diana Danielle dalam poster tersebut!
Macam mana pulak tu?
Menurut sebuah video TikTok @/chuha.fox, rupa-rupanya, poster tersebut hanyalah suntingan semata-mata di mana sebenarnya Beto Kusyairy telah memegang tangan seorang lelaki lain dan bukannya tangan pelakon wanita.
Gambar berkenaan kemudiannya disunting sebelum menjadi poster filem.
@chuha.fox Patutlah Beto Khusyairi tak nak pegang tangan Diana Danielle. Rupanya poster tu edit je.. baru tau 🤣 Hebat. Imaginur di pawagam sekarang. Kalau dah tonton boleh share review tau.. #imaginur #imaginurfilm #betokhusyairy #dianadanielle #edit #poster #foryou #fyp #fyp? #janganfyp #masukberanda #esekeli #fypシ #fypage #viral #videoviral #fypdongggggggg #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #abbychoi #hafidzroshdi #syamsulyusof #niksayangwargaemas
Ramai warganet juga nampaknya terkejut dengan pendedahan ini dan rata-rata mereka turut memuji sikap Beto Kusyairy itu.
Namun, dalam masa yang sama, ada juga peminat yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan adegan berpelukan dalam filem tersebut.
Ada yang berpendapat mungkin ia hanyalah trik kamera sahaja atau telah disunting oleh pihak produksi.
Apa-apa pun, memang nampak real dorang pegang tangan dalam poster tu, kudos to the graphic designer la kan.
Sumber: TikTok @chuha.fox
Baca: Genap Sedekad Filem Istanbul Aku Datang, Beto Kusyairy Dedah ‘Rahsia’ Di Sebalik Tabir