Sekarang pantang ada salah sikit melibatkan bangsa-bangsa tertentu, pasti ada sahaja isu melibatkan perkauman akan dibangkitkan.
Namun meskipun ada kelompok yang ‘dilihat’ sengaja membangkitkan isu tersebut, ramai yang akan bangkit dan bersatu bagi mengekalkan keharmonian negara.
Malah banyak juga kisah-kisah inspirasi rakyat Malaysia yang menunjukkan ‘kebersamaan’ semua bangsa dalam negara ini.
Antaranya seperti kisah yang dikongsikan Hafifi Hafiz Mohd Razib di facebook, mengenai seorang uncle cina, kakak india dan dia sebagai seorang melayu.
Uncle tua CINA xde bekalan elektrik, xtau nak call siapa, akak INDIA tlg call kan TNB. aku MELAYU dtg tlg repair..siap kerja, kami selfie 1x..
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2544299378965184&set=a.135330833195396&type=3&theater
Lobak merah terus hubungi Hafifi bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku.
Katanya kejadian berlaku di Apartment Lestari, Damansara Damai semalam dan uncle cina di dalam gambar itu katanya memang tinggal sendirian.
“Masa xde letrik tu, die mundar mandir di lorong rumah die, then akak tu tlg call kan tnb…”
Kurang 24 posting ini dimuatnaik, ia telah mendapat lebih 3,500 perkongsian di facebook yang rata-rata memuji semangat MALAYSIA yang ditunjukkan ketiga-tiga individu di dalam gambar tersebut.
Kan bagus macam ni saling bantu-membantu dan sayang menyayangi antara kita 🙂
Baca : Kan best macam ni Netizen Tersentuh Tengok Orang Ramai Jaga Mangsa Kemalangan Sebelum Ambulan Sampai