Kalau sebelum ini, ada kes bapa kena tanggung hutang bank sebab anak pakai kad kredit untuk Genshin Impact, lain pula dengan pelakon Irwansyah ini.
Dia dan isteri telah membuat laporan polis terhadap adik kandung Hafiz Fatur kerana melakukan penyelewengan duit.
Darah daging sendiri tipu tandatangan
Menerusi sumber Liputan 6, pelakon filem Heart itu menjadi salah seorang mangsa daripada darah daging sendiri membuat pinjaman wang di bank berjumlah 2 billion Rupiah (RM 600,000).
Dokumen yang ditandatangani oleh adiknya itu adalah surat tanah dan kenderaan mewah milik suami Zaskia Sungar, isteri Irwansyah.

“Anak guam kami terkejut terkejut apabila sebuah bank menghantar bil ke rumahnya mengatakan Irwansyah tidak membayar ansuran berkaitan pinjaman wang di bank berkenaan.”

“Setelah disemak, saya dapati banyak surat yang mengesyaki Hafiz memalsukan tandatangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar atas kepentingannya untuk meminjam wang daripada bank. Pinjaman itu berjumlah Rp 1 hingga Rp 2 billion,” kata peguan mewakili Irwansyah, Muhammad Zakir Rasyidin.
Terkejut dan terkilan dengan tuntutan bayaran yang tidak pernah dibuat oleh mereka, Irwansyah membuat laporn polis pada 19 November lalu.

