in

“Rumah kata pergi, kubur kata mari” – Pakcik Kantoi Dirakam Tengah Puaskan Nafsu ‘Rogol’ Ayam

My Post 21

Masalah dengan orang yang merogol orang lain ni bukan sebab tak tahan tengok perempuan pakai seksi tapi sebab tak boleh nak kawal nafsu sendiri. Sebab, bila dorang tak tahan, bukan dekat manusia je dorang lepaskan, haiwan pun boleh jadi mangsa nafsu serakah dorang.

Baru-baru ni, seorang lelaki dari Kedah telah dirakam sedang melempiaskan nafsunya ke atas seekor ayam dengan merogol haiwan tersebut.

Dalam video yang telah dikaburkan ini dan dimuatnaik oleh Penang ChinaPress, menunjukkan bayangan seorang lelaki tua sedang duduk di kerusi pendek di hujung sebuah bilik.

Lelaki separa bogel yang hanya memakai baju dan topi ini dilihat sedang memegang ayam malang tersebut di celah kemaluannya sambil melakukan aksi menjijikkan.

Bestiality 1

Kalau korang nak tahu, perbuatan seperti ini adalah salah di sisi undang-undang Malaysia dan dia boleh didakwa di bawah Seksyen 377 amalan seks luar tabii dan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan denda.

Setakat ini tak ada berita tentang keadaan kesihatan pakcik ini mahu pun berita penangkapannya.

Harapnya pihak berkuasa dapat tangkap pakcik ni cepat-cepat sebelum haiwan atau orang lain dicederakan untuk memuaskan nafsunya. Orang yang rekod pun apa masalah tak sergah cepat-cepat?

 

Baca: Jijik! Kambing Bunting Mati Kena Rogol Lapan Lelaki

Screenshot 2019 12 13 At 10.31.37 Am