in

Rumah Di Segambut Penuh Sampah, Individu Didakwa Hidap ‘Hoarding Disorder’

Rumah 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular beberapa kes mengenai individu yang dikatakan menghidap hoarding disorder yang mana mereka ini lebih suka menyimpan barang-barang lama dan sampah hingga membuatkan orang di sekeliling rasa tidak selesa.

Namun, tular satu video di media sosial baru-baru ini memaparkan pihak berkuasa sedang menerjah sebuah rumah yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur. Penghuni rumah berkenaan didakwa menghidap gangguan hoarding disorder yang membuatkan ruang di hadapan rumahnya penuh dengan sampah.


@pwpswcorp

Kes hoader yg kritikal memerlukan saya datang, teringat 2 tahun lalu selesaikan kes hoader di Cheras yg tak selesai hampir 20 tahun. Kali ini kes di Segambut pula, ada taktikal yg perlu dibuat kerana penghuni tinggal berseorangan. Kalau bekeluarga lebih mudah sebenarnya. Doakan kami dapat selesai kan kes ini ya. #pwp #trending #bersih #beranda #sampah #hoader #foryoupage #kpkt #swcorpwilayahpersekutuan #kualalumpur #kl #paab #publiccleansing #wastemanagement #video #videoviral #viral #viralvideo #fyp #fypシ #sakitkepala #pati #cny2024 #malaysia #malaysiatiktok #kacauganggu #nuisance @Nga Kor Ming (official) @radio.kpkt

♬ original sound – PWPSWCorp – PWPSWCorp

Banyak sampah botol plastik

Video yang dimuat naik di TikTok oleh Ummi Kalthum Shuib yang juga pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Wilayah Persekutuan telah menarik perhatian ramai. Dalam video tersebut, dia bersama pihak berkuasa berkali-kali memanggil penghuni rumah itu namun tidak berjawab.

Artikel berkaitan: Wanita Alami ‘Hoarding Disorder’ Dedah Sudah 20 Tahun Kumpul Barangan, Mengamuk Jika Dibuang

Artikel berkaitan: Jijik! Bilik Wanita Ini Penuh Sampah, Selalu Banjir Di Koridor Sebab Saluran Air Tersumbat

Dapat dilihat juga di ruangan tempat letak kereta rumah itu penuh dengan botol-botol plastik kosong yang sudah tidak digunakan serta hanya ada laluan kecil dan sempit untuk individu itu pergi ke pagar.

Jiran kata dah jadi hampir 5 tahun

Ummi Kalthum walau bagaimanapun telah bertanya kepada jiran rumah tersebut mengenai penghuni rumah itu. Katanya, individu tersebut tinggal seorang diri dan isu itu telah terjadi hampir 5 tahun.

Kali ini kes di Segambut pula, ada taktikal yang perlu dibuat kerana penghuni tingggal berseorangan. Kalau berkeluarga lebih mudah sebenarnya.

Mereka juga telah berjalan mengelilingi rumah itu untuk mencari individu tersebut namun usaha mereka gagal. Pagar rumah itu juga dikunci rapi membuatkan mereka tidak dapat mencari individu itu. Ummi Kalthum berkata, pihak mereka akan kembali ke rumah itu untuk tinjauan akan datang.

Menjengah di ruangan komen, ada netizen menceritakan pengalaman mereka menghadapi situasi yang lebih kurang sama seperti dalam video. Ada juga yang memberikan pendapat mereka mengenai hoarding disorder.

Rumah 2

Rumah 1

Kalau penghuni rumah pun tak bagi kerjasama, susah juga ni. Harap-harap kes ni dapat settle dengan baik.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.