in

Ruhainies Buat Permohonan Maaf Pada Bella Astillah, Mahu Jumpa Untuk Selesai Masalah

Ruhainies Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah menerima pelbagai kecaman sejak beberapa hari ini selepas dikatakan menjadi punca ikatan perkahwinan di antara Aliff Aziz dan Bella Astillah retak, Ruhainies akhirnya membuat permohonan maaf.

Permohonan maaf tersebut dimuat naik di IG story pelakon wanita berkenaan yang mana dia juga menyatakan keinginan untuk bertemu bukan sahaja Bella tetapi kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Saya pilih untuk berdiam diri, bukan nak mengiyakan atau menidakkan, tetapi dengan niat untuk mengelakkan pergaduhan di media sosial dan memburukkan lagi keadaan. 

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf terhadap Bella Astillah di atas apa yang berlaku. Saya juga ingin bertemu dengan awak untuk menjernihkan keadaan supaya kita boleh tutup buku, ‘move on’ dan gembira kembali.”

Artikel berkaitan: “Berniat jahat” – PA Bella Astillah ‘Spill Tea’, Bagi Penjelasan Pasal Tiket Flight Dengan Muaz

Artikel berkaitan: Bella Astillah Tepis Dakwaan Emel Jenama Untuk Berhenti Bekerja Dengan Ruhainies 

Img 6380

“Saya juga ingin memohon maaf kepada sesiapa yang menerima implikasi dan terkesan dengan isu ini. 

“Saya juga ingin menjemput Sarah Yasmine untuk bersama-sama kami, supaya kita boleh menjernihkan keadaan atas apa yang berlaku sekarang dan selesaikan semuanya,” tulisnya.

Img 6381

Ruhainies juga benar-benar berharap dia diberi kesempatan untuk bertemu dengan Bella dan Sarah bagi menyelesaikan isu tersebut.

Dalam pada itu, Sarah Yasmine dan Bella Astillah masih belum memberi sebarang maklum balas mengenai posting yang dimuat naik Ruhainies ketika artikel ini ditulis.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.