in

“Rugi tak beranak harini!”- Youtuber Aisyah Habshee Kena ‘Paksa’ Bersalin Sebab Tarikh Cantik Buat Ramai Terhibur!

Fi Aisyah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, tarikh semalam cantik kan kalau nak buat tarikh istimewa? Tarikh yang disebut sebagai hari palindrome kali ini jatuh pada tarikh 22.02.2022. Tapi korang tahu tak apa maksud palindrome tu?

Ia dipanggil palindrome kerana tarikh itu akan tetap sama walaupun jika ia dibaca secara terbalik. Sebab itu lah ramai berebut nak confess, nak nikah, atau nak bersalin semalam! Tarikh cantik!


Bercakap tentang bersalin, kalau korang perasan ramai dalam kalangan artis dan selebriti yang telah selamat menimang cahaya mata pada tarikh semalam. Antaranya pasangan duo vokal terbaik Malaysia, Ernie dan Syamel, Dato’ Jamal Abdillah, dan Kaka Azraff.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan pasangan Youtuber terkenal Aisyah Habshee dan suaminya ni. Sebabkan tak nak ketinggalan rebut peluang tarikh cantik, suaminya Muhsin ‘paksa’ juga dia bersalin semalam!

@boslat

Bila husband suruh beranak harini sebab tarikh cantik 22.2.22 😅

♬ original sound – Aisyah Habshee fc – Aisyah Habshee

Video yang dimuat naik di IG Story akaun suaminya ini telah dipost semula di TikTok peminatnya sehingga berjaya menarik perhatian 1.3 juta penonton dalam masa 15 jam sahaja!

“Rugi kalau tak beranak harini, cantik nombor ni!”

Gelagat Muhsin yang begurau ‘memaksa’ isterinya Aisyah untuk melahirkan anak sulung mereka semalam telah berjaya membuat para peminat mereka terhibur!

Komen Aisyah

Aisyah yang kini sudah sarat hamil anak sulung mereka itu dikatakan tunggu masa je nak bersalin. Semoga dipermudahkan urusan melahirkan nanti ya!

Baca: Bunyikan Siren Untuk Beri Laluan Wanita Bersalin, Polis Tak Sangka Terima Pujian Ramai

Baca Aisyah

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.