in

Royal Floria Putrajaya Kembali Hingga 4 September Ni, Rugi Tak Pergi Sebab…

collage 87

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk korang yang tak tahu, festival tahunan bunga dan taman floria diraja atau dipanggil Royal Floria Putrajaya ini telah pun berlangsung sejak tahun 2007 lagi tau.

Namun begitu, sejak pandemik Covid-19, acara ini telah dibatalkan selama dua tahun dan tahun ini Royal Floria Putrajaya kembali lagi bermula semalam. Biasanya festival ini dijalankan selama 10 hari namun tahun ini hanya tujuh hari sahaja! So make sure korang jangan lepaskan peluang ni okay?


Untuk pengetahuan korang, festival Royal Floria Putrajaya yang dibuat pada 2019 lalu telah pun merekodkan seramai lebih satu juta pengunjung yang hadir di mana sebanyak 61 taman dengan perhiasan bunga dan pokok telah dipamerkan.

https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya/posts/pfbid02De2L8LDBhwJNqmF9uv1jcs7dNee39bRi18GogyCSSmQDkREXwRtePbWKhAM8GGo3l

Tahun ini, mereka kembali lagi dengan tema Orkid di mana menurut The Star, korang boleh tengok sebanyak 10,000 pokok orkid dan 400,000 tanaman bunga dari spesis yang lain.

25 komponen utama Floria yang dipamerkan termasuk ‘Wall of Orchids’ yang menghimpunkan lebih 300 orkid selain ‘Oncidium Tunnel’ dengan 10 struktur besi berbentuk terowong sebagai laluan diraja.” kata Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadhlun Mak Ujud.

Bunga-bunga lain yang akan turut dipamerkan tahun ini termasuklah Bonsai, Bromeliad, Bunga Raya, Heliconia, Mawar, Bunga Kertas, Begonia, Lily, Kekwa dan banyak lagi.

Bukan tu je, beberapa tanaman ini juga turut ada yang dijual di Floria Bazaar. Selain itu, korang juga boleh nikmati pameran bunga pada sebelah siang dan taman berlampu pada waktu malam. Memang insta-worthy lah!

Selain dari tengok bunga, ada banyak juga acara lain yang disediakan sepanjang festival ini dijalankan tau. Antaranya:

  • Bengkel Seni Coretan (Doodle)
  • Benkel Canting Batik
  • Bengkel Hiasan Cupcake
  • Bengkel Terrarium
  • Bengkel Ukir Daun
  • Demo Memasak Bersama Selebriti
  • Persembahan Api
  • Persembahan Silap Mata
  • Melukis Muka
  • Pameran Kostum Adiwira
  • Tarian Tradisional

Tak cukup dengan itu, konsert artis-artis Malaysia juga akan turut diadakan di sana. Jommmmmm!

 

Baca: “Memang real” – Ramai Teruja Dapat Saksikan Fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ Di Sekitar Putrajaya & KL

Screenshot 2022 08 30 at 4.20.02 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.