in

Rotan Anak Tiri Gara-gara Tak Dapat Jawab Soalan Matematik, Lelaki Ini Didenda RM10,000

Rotan 3
Gambar hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen gara-gara merotan anak tirinya yang tidak dapat menjawab soalan Matematik.

Menurut laporan Kosmo!, lelaki berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan sebelum pihak mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut terhadapnya.


Selain itu, mahkamah juga memberi arahan untuk tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda selain berkelakuan baik dengan bon jaminan tanpa cagaran selama lima tahun termasuk menjalani khidmat kaunseling yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Rotan 1
Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, dalam tempoh enam bulan bermula hari ini lelaki terbabit turut diperintah untuk menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun mengalami kecederaan fizikal gara-gara dipukul menggunakan rotan oleh lelaki terbabit yang juga bapa tirinya di sebuah rumah di Wangsa Maju.

Oleh sebab itu, pendakwaan telah dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel berkaitan: Suspek Kes Dera Anak Kekasih Ditahan, Rupanya Ada 13 Rekod Jenayah & Positif Dadah

Artikel berkaitan: Guru Disaman RM15K Gara-gara Denda Anak Murid Tak Nak Solat Di Indonesia

Walau bagaimanapun, Noorhani Mohmmed Ayub selaku Timbalan Pendakwa Raya memohon pihak mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada pesalah agar dapat dijadikan pengajaran kepada lelaki terbabit serta ibu bapa yang lain.

Gelaran ayah (ayah tiri) bukan lesen untuk memukul mangsa sedemikian bagi tujuan mendisiplinkan mangsa. Mangsa beritahu ayahnya yang pukul dan hanya kesalahan Matematik mangsa tidak sepatutnya dipukul seperti itu. Mangsa memerlukan kasih sayang seorang ayah kerana ayah dan ibunya bercerai. – Noorhani

Peguam Arik Zakri Abdul Kadir pula meminta hukuman denda yang rendah kerana tertuduh kini menanggung keluarga dan ibu kandung mangsa yang juga sedang mengandung empat bulan.

Pada 16 Jun yang lalu, satu pemeriksaan kesihatan dan pemberian imunisasi vaksin untuk murid darjah satu telah dijalankan oleh Bahagian Pasukan Sekolah Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di sekolah mangsa.

Ketika membuat pemerikasaan, jururawat dan pegawai perubatan menemui kesan lebam pada bahagian tangan mangsa sebelum melaporkannya ke guru kelas. Perkara itu juga turut diadukan ke pihak JKM melalui Talian Kasih.

Selepas disiasat, mangsa memberitahu dia dirotan oleh ayahnya gara-gara tidak boleh menjawab soalan Matematik dan kes tersebut dilaporkan pada 23 Jun lalu.

Kanak-kanak lelaki itu juga mengalami kecederaan soft tissue injury over posterior left knee and posterior right cart yang berpunca daripada rotan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.