Pagi ini, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di bangunan ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk sesi soal siasat bagi membantu siasatan berhubung pertuduhan jenayah membabitkan kes pengubahan wang haram.
Menurut Berita Harian, beliau yang tiba di SPRM sekitar jam 9.52 pagi tu menarik perhatian media dengan memakai pakaian serba hijau daripada selendang, baju kurung, kasut dan hinggalah ke beg tangan. Fuh hijau semuanya!
Tema ‘Hijau’ dipilih Datin Seri Rosmah Mansor hari ini turut menarik perhatian media apabila memakai baju kurung hijau, selendang hijau, kasut hijau dan beg tangan hijau. @501Awani pic.twitter.com/kC45zHSKsT
— Rahimah Abdullah (@rahimah501) September 26, 2018
Rosmah yang tiba dengan menaiki Proton Perdana hanya tersenyum sebaik keluar daripada kereta dan terus masuk ke dalam lobi resepsi bangunan SPRM. Beliau jugak tak entertain sekumpulan wartawan dan jurugambar yang berkumpul di ibu pejabat tersebut sejak pukul 7 pagi lagi.
Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak ni dijangka bakal ditahan atas 20 pertuduhan jenayah berkenaan penggubahan wang haram dari dana SRC International untuk membeli produk hormon anti-penuaan bernilai RM1 juta.
Ini juga merupakan pertemuan kedua Rosmah dengan SPRM dan semuanya terpulang kepada Peguam Negara untuk mendakwa isteri bekas Perdana Menteri ni atau tak.
Hari tu merah, hari ni hijau pulak. Macam-macam gaya DS Rosmah kita ni.