Isteri kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor telah disaman sebanyak RM67.46 juta oleh sebuah syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty kerana melanggar kontrak ke atas 43 barang kemas yang hilang.
Memetik laporan The Edge Markets, difahamkan barang-barang itu dihantar kepadanya untuk tujuan tontonan tetapi tidak ditemui sejak serbuan dilakukan pada tahun 2018.
Sita barang kemas, yang ada cuma gelang, barang lain tak ada
Global Royalty memfailkan semula saman itu pada 27 Mac tahun ini di bahagian komersial Mahkamah Tinggi melalui Tetuan David Gurupatham dan Koay, menurut sumber. Kes pertama dijadualkan pada Isnin (17 April) di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi, Rini Triany Muhamad Ali.
Firma itu sebelum ini telah memfailkan saman terhadap Rosmah pada 26 Jun 2018, di Mahkamah Tinggi tetapi menarik balik pada Oktober 2019, berikutan tindakan kerajaan menyita barangan berharga dan wang tunai dalam satu serbuan rumah di Pavilion dan Jalan Duta.
Firma itu mengambil bahagian dalam prosiding itu sebagai penuntut pihak ketiga. Bagaimanapun, dalam 12,000 barang kemas yang dirampas dalam serbuan itu, Global Royalty telah memeriksa dan hanya menemui seutas gelang berlian bernilai AS$220,000 (RM1.01 juta) sahaja yang dikatakan milik firma itu tetapi terdapat 43 item masih hilang.
2. The firm had previously filed a suit against Rosmah in 2018 but withdrew it after the government had seized valuable items and cash from her in the Pavilion and Jalan Duta home raids.
The firm then participated in the forfeiture proceedings as a third-party claimant.
— BFM News (@NewsBFM) April 17, 2023
Gelang tersebut telah dipulangkan kepada mereka,namun tidak dapat melakukan rampasan terhadap kesemua barang kemas yang dianggarkan sebanyak 12,000 itu di Mahkamah Tinggi.
Jadi ia dipulangkan kepada Rosmah berikutan dengan kegagalan pihak pendakwaan menunjukkan barang-barang itu adalah hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang berkaitan 1 Malaysia Development Bhd.
Kerajaan juga tidak memfailkan rayuan terhadap kegagalan dalam prosiding tersebut. Oleh itu, Global Royalty meminta agar 43 barangan mereka daripada Rosmah itu dipulangkan dalam keadaan baik dari tarikh penghakiman.
4. Global Royalty is now seeking a return of the 43 jewelry pieces from Rosmah or the sum of RM67.46 million if they were not recoverable by her.
— BFM News (@NewsBFM) April 17, 2023
Jika tidak, mereka menuntut RM67.46 juta (USD 14.57 juta) bersamaan dengan kos barangan tersebut, ia bersamaan dengan kadar yang disediakan oleh Maybank pada 1 Mac 2023, bersamaan dengan faedah dan relif lain oleh mahkamah.
43 barangan yang disenaraikan oleh syarikat berang kemas Lubnan itu bernilai antara USD 124,000 dan USD 925,000 termasuk rantai berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara selain daripada beberapa barang datang dalam set seperti kalung dan anting-anting berlian, ranta dan loket kusyen.
Baca : “Lepastu keluar gambar seburuk-buruk alam” – Rosmah Mansor ‘Sound’ Photographer?