in

“Rmh berhabuk? No problem” – Ini Kebaikan & Cara Penjagaan Pokok ‘Snake Plant’

Featured Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Snake Plant ataupun Pokok Lidah Mertua adalah antara pokok yang sering kita temui di tanam-tanaman rumah orang, tapi ada sesetengah orang mereka akan bubuh pokok ini di dalam rumah.


Kenapa dalam rumah?

Untuk pengetahuan, NASA sudah senaraikan pokok Snake Plant ini mampu menyingkirkan toksik dan bahan bahaya yang dibawa oleh angin ke dalam rumah.

Plant1
No wonder lah orang kita suka letak dekat ruang tamu, tandas, dan bilik tidur.

Yang paling best, ada yang menyatakan sejak ada Snake Plant ini, habuk dekat rumah pun boleh kurang!

Plant2

Menerusi laman sesawang rasmi Balcony Garden, dia telah senaraikan 6 kebaikan pokok Snake Plant ini, jom kita lihat.

1. Pembekal Oksigen Yang Bagus

Pokok ini dikatakan antara pokok yang bagus dalam membekalkan oksigen yang banyak pada manusia. Perkara ini telah disahkan oleh Universiti Harvard Dalam satu kajian mereka ketika menyelidik pokok ini

2. Memberikan Imej Yang Catik Pada Rumah

Pokok ini mempunyai tarikannya tersendiri, dengan warna hijau dan kuning ianya mampu menjadi salah satu bahan dekorasi rumah kita.

Walaupun hujungnya tajam dan bahaya untuk kanak-kanak, jika di potong ianya tak akan mengubah apa-apa benefit di dalam tumbuhan ini. Jadi digalakkan potong yang tajam tu ye..

Plant3

3. Boleh Jadi Sebagai Pembersih Udara

Pokok ini juga dikatakan mampu menyingkir gas-gas berbahaya seperti benzena, formaldehid, xilena, dan toluena.

Pakar juga berpendapat gas-gas toksik tersebut boleh menjadi salah satu punca kanser kepada manusia.

4. Bagus Untuk Orang Yang Ada Alahan

Seperti yang dinyatakan di atas, pokok ini mampu bekalkan oksigen dan membersihkan udara. Oleh itu, ianya juga mampu membantu bagi mereka yang ada allergic dengan habuk.

Mungkin ianya mampu menolong orang yang ada resedung juga.

Plant4

5. Memberi Aura Yang Positif

Dengan membekalkan oksigen yang bersih, ianya mampu memberi aura yang positif. Lagi menakjubkan, pokok ini juga mampu mengembalikan tenaga pada manusia. Memang bagus…

6. Tumbuhan Kos Rendah

Pokok ini boleh di dapati dengan harga yang murah sebenarnya, menerusi Twitter @myjoe_, kita boleh dapatkan pokok ini di IKEA dengan harga RM11.90.

Bagi min memang berbaloi, dah lah banyak kebaikkan lepas tu murah pula tu…

Plant5

Dia turut menyatakan pokok ini sangat popular di UK sekarang ni.

 

Cara Penjagaan Pokok Snake Plant

Cara penjagaannya sangat mudah, pokok ini tidak perlukan air yang banyak. Cukup sekadar siram bila kita lihat tanahnya sudah kering.

Ianya juga dikatakan mampu hidup di dalam ruang gelap!

Plant6

Jadi apa lagi jom cari pokok ini!!!

 

Baca: Hati-Hati! Jangan Tinggikan Brightness Telefon Anda Kalau Tak Nak Jadi Macam Ni

Annotation 2020 06 04 110905

 

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.