in

“RM87,705 per bed” – Sindiket Didakwa ‘Jual’ Katil ICU Pada Pesakit COVID-19 Terdesak Di Peru Tumpas

Covid 19 Peru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa seluruh dunia kini sedang dilanda pandemik COVID-19. Memetik data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.3 juta kes direkodkan.


Walaupun begitu, masih ada lagi individu tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi ini. Contohnya, ada yang bertindak menjual sijil vaksinasi palsu dan macam-macam lagi.

00Virus Triage Superjumbo V2 E1627097624172

Terbaharu, polis Peru pada Rabu lalu melaporkan mereka sudah berjaya menumpaskan satu sindiket yang didakwa telah ‘menjual’ katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital kerajaan kepada penduduk negara itu yang terdesak akibat dijangkiti wabak COVID-19.

Lapor Reuters, pihak berkuasa tempatan tela menahan sembilan individu dalam satu serbuan yang dilakukan pada awal pagi Rabu lalu. Antara yang ditahan termasuklah pentadbir Guillermo Almenara Irigoyen Hospital di Lima, Peru.

Difahamkan, tindakan tidak bertanggungjawab itu terbongkar selepas polis menerima aduan daripada seorang waris kepada pesakit COVID-19.

“Dia (pengadu) mendakwa telah diminta untuk membayar 82,000 soles (RM87,705) untuk mendapatkan satu katil di wad ICU dan bagi mendapatkan rawatan di hospital,” terang pendakwa raya Reynaldo Abia.

000763494W E1627098063428

Sementara itu, Menteri Kesihatan Óscar Ugarte berkata penipuan itu adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku saat dunia dilanda pandemik seperti ini. Malah, beliau juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu yang seolah-olah berurus niaga dengan nyawa orang lain.

“Sangat hina perbuatan mereka yang sanggup mengambil kesempatan terhadap situasi pandemik ini. Saya percaya hukuman tegas harus diberikan kepada mereka yang didapati bersalah,” katanya.

Memetik laporan Malaysia Now, Peru merupakan antara negara yang terjejas teruk dek penularan wabak ini. Banyak hospital di negara itu dilaporkan berada dalam tekanan tinggi dan bekalan tangki oksigen pula berkurangan.

Sumber: Malaysia Now, Reuters

Baca: “Tak nak mati sebab apa kerajaan nak” – Sijil Palsu Vaksin COVID-19 Dapat Permintaan Tinggi Di Rusia

Sijil Palsu Vaksin E1627097456549

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.