Dalam kekecohan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, sesuatu yang ‘sangat Malaysian’ telah berlaku dan membuka mata banyak pihak akan nilai muhibbah dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia.
Menerusi perkongsian Michelle Ng yang merupakan Adun Subang Jaya di Twitter, seorang peniaga restoran di USJ 17 ini dengan rela hati telah sponsor makanan kepada abang polis yang bertugas di kuil tersebut pada malam semalam.
Perhati anggota polis tak cukup makan kerana terlalu sibuk, sponsor makan 3 kali sehari
Menurut Michelle, peniaga di restoran Sri Melur ni kesian tengok abang polis kita terlalu sibuk bertugas sampai tak cukup makan. Lalu dia pun sponsor lah makanan pada malam semalam. Baiknya hati dia!
Malah dengarnya bukan semalam je uncle baik hati ni sponsor makan, hari ini pun dia akan sponsor sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Wow! Lega hati keluarga abang polis ni kalau tahu.
hari ini juga akan sponsor sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk anggota polis yang bertugas. Inilah budaya kita. Inilah Malaysia. Inilah cerita yang kita patut share untuk galakkan budaya seperti ini.
NB: peniaga ini sering menderma makanan kepada mereka yang perlu.
— Michelle Ng Mei Sze | 黄美诗 (@michellengms) November 29, 2018
“Well done Sri Melur! Inilah budaya Malaysia”
Rata-rata netizen yang mengikuti posting ni memang salute abis la dengan uncle Sri Melur tersebut yang ketepikan unsur perkauman dan lain-lain serta mempromosikan budaya Malaysia yang hidup muhibbah sesama kita.
![muhibba](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/11/muhibba.jpg)
Penduduk berbilang kaum di Subang Jaya juga bantu salur keperluan untuk polis yang bertugas 24 jam di kuil
Selain daripada uncle Sri Melur, Michelle juga berkongsi aktiviti penduduk Subang Jaya dari pelbagai kaum yang turun hulur bantuan kepada anggota polis yang bertugas 24 jam di kawasan sekitar kuil. Terharu admin tengok sikap perpaduan macam ni!
https://www.facebook.com/michelle.ngmeisze/posts/536340010166365?__xts__[0]=68.ARCKotri9fZ8ndanqQKHtVmFAKkP90jR83muwoU5UWvq9g2ZoVsJZBPRbkdInzACeclWyFf13v9nRLl1RZXt6QugaJkUqqnJ9Q2G2ZtF-JciYRHA9eA5G3PYKV4bQan4x9txhZy5HFOvyd47zBCbxEkg8nljb-X1wnRaGJeb2ywAG2Dcv652KRPX30gDMSr6jvQmMr0-z0fqnpgZ0uM62rHgRhpTHYu-zLC_cPfoySK4IBxMCrCxJbDsBu1nukcIAeJUR_AtPbNshRvFffvhpVVfFID_lswBv88uwTssk1Y8rsrr_ktjodjGx2h14soujrlBZwmCm4h-nyJ6R7x5KyQ&__tn__=-R
Marilah kita sama-sama bersatu hati dan buang jauh-jauh sikap perkauman tu dari diri masing-masing. Paling penting, kita doakanlah saudara Adib cepat sembuh. Amin…