in

Risau Anak Tengok Video ‘Bukan-bukan’ Kat Handphone? Install Aplikasi Ni Untuk ‘Skodeng’ Aktiviti Anak Korang!

telefon kunci

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan berita seorang budak 12 tahun dah pandai merogol anak asuhan gara-gara budak tersebut dipengaruhi video lucah yang ditontonnya kat media sosial.

Mana-mana ibu bapa yang dengar kes macam ni mesti susah hati kan sebab nak kawal penggunaan handphone ni dari anak-anak memang satu kerja susah. Manalah korang nak tahu dia buka apps apa, download video apa dan chat dengan siapa.


smartphone 237
Gambar hiasan

Tapi seorang netizen di Facebook ni semalam ada kongsikan satu cara yang sangat useful untuk ibu bapa kat luar sana dalam memantau aktiviti anak-anak di handphone mereka. 

 

Hanya install apps ‘Family Link’ untuk ‘skodeng’ setiap pergerakan kegunaan handphone anak 

Menurut Puan Azmuhaini Aini, dia mempunyai seorang anak perempuan yang bersekolah dan cara dia memantau penggunaan handphone anaknya mudah je.

“Kat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. Contoh dia tengah online ke. Dia tengah tengok youtube ke.

“Tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana.

“Tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebabnya ada notification.”

46224187 2009896252402399 6636134109120823296 n
Sumber: Facebook

 

4 step mudah untuk gunakan aplikasi Family link: 

1. Install aplikasi Family Link dalam handphone anda (parent) yang ingin monitor dan juga telefon anak. Bagi telefon parents, kena install Family Link for parents dan untuk handphone anak install Family Link for children & teens. 

65640213 2356430397748981 8005971137420853248 n

65905828 2357891930936161 3569164182852993024 n
Sumber: Facebook

 

2. Korang boleh set dan kawal penggunaan handphone anak ikut masa. Sampai masa handphone ini akan padam sendiri dan anak tak boleh tekan mana-mana button melainkan call saja. Kalau anak betul-betul urgent nak buka telefon, dia akan perlukan code daripada ibu bapa.

65667937 2356430494415638 217164588846678016 n

65599917 2356430577748963 8304879927551852544 n

65792136 2356431071082247 1584516669328326656 n
Sumber: Facebook

 

3. Boleh kawal dan set untuk tontonan video/movie umum sehingga 18SG atau 18 SX. Game pun anda boleh kawal apa yang boleh download atau tak.

4. Semua kawalan dan perubahan hanya boleh dibuat di handphone ibu bapa sahaja. Anak tak boleh uninstall aplikasi sebab kalau uninstall, ibu bapa boleh install balik dan monitor anak macam biasa melainkan parents tekan button ‘STOP SUPERVISION’. 

65593095 2356430784415609 5986097234142298112 n
Sumber: Facebook

So macam mana? Mudah je kan nak pakai aplikasi ni. Harap-harap korang boleh pantau anak korang dengan lebih dekat melalui aplikasi ni.

Bukan tak percaya anak, tapi takutlah dorang ‘terbuat’ benda-benda tak elok kan. Lebih baik cegah sebelum terjadi perkara buruk! 

Baca: Budak Perempuan Umur 9 Tahun Disyaki Dirogol Budak Berumur 10 dan 11 Tahun

rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.