in

Rider Makanan Kongsi Detik Ngeri Hampir Diterkam Pak Belang, Nasib Sempat Pecut Motor

1rider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas selepas nyaris diterkam seekor harimau sebaik menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya baru-baru ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Mohd Shafiq Mamat terpaksa memecut motosikalnya dengan laju bagi menyelamatkan diri jadi daripada menjadi mangsa seekor harimau belang di Taman Bersekutu dekat Kampung Paya Dusun, Dungun, Terengganu.


Screenshot 2022 03 12 at 11.02.36 AM

Penghantar makanan berusia 27 tahun itu berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu harimau belang itu tiba-tiba muncul di belakangnya dalam jarak lebih kurang 5 meter. Tidak membuang masa, Shafiq terus memecut laju motosikalnya sejauh 100 meter bagi menyelamatkan diri.

Screenshot 2022 03 12 at 11.02.26 AM

Bercakap kepada sumber, Shafiq yang sudah pun bekerja sebagai penghantar makanan untuk 2 tahun berkata, insiden itu adalah pengalaman paling ngeri yang pernah dilaluinya sepanjang bekerja.

Sebelum ini kena kejar anjing adalah perkara biasa. Kali ni dikejar harimau agak luar biasa dan mengerikan”

Trauma dengan kejadian itu, Shafiq juga sukar melelapkan mata dan berasa serik untuk melalui kawasan itu. Namun beliau tidak menolak rezeki sekiranya mendapat pesanan dari pelanggan yang tinggal di kawasan tersebut.

Screenshot 2022 03 12 at 11.02.47 AM

Tambah Shafiq lagi, saiz harimau belang itu lebih kurang sebesar motosikal yang ditunggangnya untuk mencari rezeki.

 

Baca: Dron Rakam Imej Pembalakan Berdekatan Pos Bihai, Habitat Diganggu Punca Harimau Serang Penduduk Kampung

Screenshot 2022 03 12 at 11.04.47 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.