in

‘Rider’ Dan Jiran Selamatkan Wanita Daripada Dirogol Di Rumah Sendiri

Cover 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sikap ambil tahu dan prihatin seorang pekerja penghantar makanan dan jiran berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada dirogol. Semuanya bermula apabila mereka melihat seorang lelaki menceroboh masuk ke rumah wanita tersebut di Putrajaya.


Dalam kejadian yang berlaku pada 2.51 petang itu, suspek berusia 32 tahun dilaporkan telah mengekori mangsa dari dalam lif sehingga ke rumahnya dalam keadaan yang mencurigakan.

Rider O Hmfield Image Socialmedia.var 1624686810

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek terus mengacu pisau di hadapan rumah mangsa menyebabkan dia ketakutan dan masuk ke dalam rumah.

“Bagaimanapun mujur pekerja penghantar makanan yang kebetulan tiba untuk menghantar makanan bersama jiran membantu menahan suspek”

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek mengalami masalah kesihatan mental dan tidak bekerja. Untuk rekod, suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Harian Metro

BACA: Polis Berpangkat Inspektor Ditahan Kerana Disyaki Rogol Ibu Tunggal Di IPD Semasa Dalam Tahanan

Capture 65

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.