in

Rezeki Datang Bergolek, Lepas Tawaran Biasiswa Pelajar 11A Dapat ‘Sponsor’ Ambil Lesen Memandu

Pelajar 11A Lesen Memandu2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah seorang pelajar yang memperoleh keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyentuh hati ramai orang apabila diketahui pelajar ini telah berkorban menjaga ibunya yang terlantar sakit hingga ke akhir hayat.

Berkat pengorbanannya itu, Muhammad Syahril Saidi telah menerima lebih 10 tawaran melanjutkan pelajaran dan biasiswa termasuklah dari Petronas, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan kerajaan negeri.


Walaupun mendapat pelbagai tawaran biasiswa, pelajar ini difahamkan memilih untuk terus menyambung pelajaran bagi menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pelajar Imamkan Jenazah Ibu

Dapat sponsor ambil lesen memandu

Inilah yang dikatakan rezeki datang bergolek, apabila Syahril baru-baru ini mendapat tajaan membuat lesen memandu daripada sebuah sekolah memandu di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan.

Memetik laporan Utusan, Syahril mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah memandu tersebut sudi menanggung perbelanjaan agar dia dapat memiliki lesen kelas D dan B2.

Baginya, ia memudahkan kehidupan seharian bagi berulang-alik ke sekolah selepas memilih untuk menyambung pelajaran bagi menduduki STAM.

“Saya sepatutnya menduduki ujian pemanduan motosikal pada 11 Jun lalu namun terpaksa ditangguhkan kerana kematian ibu yang sakit sejak empat tahun lalu.

“Jadual belajar memandu terpaksa ditukar sebelum ini kerana saya lebih fokus kepada tanggungjawab menjaga ibu,” katanya.

Sementara itu, pihak sekolah memandu juga memberi sumbangan sebanyak RM1,000 selain memulangkan semula wang yang sudah dibayar Muhammad Syahril sebelum ini.

Baca: Kisah Pengorbanan Pelajar Raih 11A SPM Sambil Jaga Ibu Hidap Sakit Saraf, Buat Ramai Sebak
Jaga Ibu

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.