Sekumpulan gadis tempatan yang enggan memilih atau mengenali lelaki dari satu negeri ini untuk dijadikan pasangan telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Menerusi satu video tinjauan yang dibuat oleh seorang wanita, dia telah menemu bual beberapa gadis tentang lelaki dari negeri mana yang mereka tidak akan date atau keluar bersama untuk menjalin hubungan serius.
Hampir kebanyakan wanita yang ditemui memberikan pendapat sama iaitu mereka tidak mahu bersama dengan lelaki berasal dari Kelantan.
Artikel berkaitan: “Sek kito jange pecoh”- [VIDEO] Ramai Puji Lelaki Bangsa Cina Ini Nyanyi Lagu Rap Dalam Loghat Kelantan
Artikel berkaitan: Tak Nak Jadi Andartu, Ramai Wanita Di Kelantan Sanggup ‘Kahwin Kontrak’ Dengan Lelaki Warga Asing?
Ada juga seorang gadis yang menyuarakan pendapatnya tidak mahu dating bersama lelaki dari Terengganu.
Dalam temu bual itu, mereka menyatakan tiada sebab tertentu mengapa lelaki Kelantan bukan pilihan. Namun, ada juga yang menjadikan faktor bahasa dan lokasi yang jauh sebagai alasan.
Tidak kurang juga yang mendakwa mempunyai pengalaman sendiri serta mendengar pengalaman orang lain tentang individu dari negeri tersebut menyebabkan mereka enggan memilih lelaki dari negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah itu.
Video terbabit bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen, rata-ratanya tidak bersetuju kerana sikap seseorang itu bergantung kepada diri sendiri, bukanlah dinilai melalui sesebuah negeri.
Dalam pada itu, netizen juga mempersoal tindakan individu yang membuat content sebegitu yang dilihat akan mencetuskan perdebatan ramai.
Sumber: X