Ketika ini, sedang berlangsung acara pertunjukan udara Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025.
Bermula semalam (20 Mei), pelbagai pertunjukan udara dipersembahkan yang disertai anggota tentera dari serata dunia.
Artikel berkaitan: Penduduk ‘Complaint’ Tingkap Pecah & Siling Rosak Gara-gara Latihan LIMA’25, MINDEF Akan Teliti Kes
Artikel berkaitan: Kelakar! Intercom Bersahaja Dalam Kokpit TUDM Buat Orang Ramai Terhibur
Anggota ATM fasih berbahasa Rusia
Dalam kesibukan anggota tentera yang terlibat melakukan persiapan untuk acara dwi-tahunan ini, tular sebuah video yang telah meraih perhatian warganet.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wanita sedang berbual bersama seorang juruterbang yang terlibat dalam pertunjukan udara dari Russian Knights.
Apa yang lebih menarik, anggota ATM itu berbual dengan juruterbang terbabit dalam bahasa Rusia sebagai bahasa pengantara.
Dapat dilihat, anggota ATM terbabit begitu fasih dan yakin bertutur sehingga membuatkan juruterbang Rusia itu tersenyum lebar.
@belengas368 RESPECT!!! askar malaysia bercakap dengan pilot russian knight dalam bahasa russian dengan fasih…. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #lima2025langkawi #russian #russianknights #LIMA25
“Respect! Askar Malaysia bercakap dengan pilot Russian Knights dalam bahasa Rusia dengan fasih,” tulis pemilik video.
Bangga dengan petugas Malaysia
Perkongsian video terbabit telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya memuji kehebatan anggota ATM terbabit dalam menguasai bahasa asing.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang turut mengenali anggota terbabit. Beliau ialah Mejar Dr Khadijah, merupakan seorang doktor perubatan yang bertugas dalam ATM.
Tak dinafikan, memang hebat anggota tentera kita!
Sumber: TikTok