Kemalangan jalan raya boleh dielakkan sekiranya semua pengguna jalan raya mempunyai sikap berhemah tinggi dan timbang rasa. Kalau masing-masing boleh bertolak ansur dan bersabar atas jalan, kita boleh kurangkan risiko untuk terjadinya kemalangan.
Cumanya kalau benda nak jadi, dia akan jadi jugak. Itulah yang berlaku dalam satu video yang dikongsi oleh Sukan Star TV – sstv.my di Facebook dimana sebuah lori telah melanggar sebuah kereta Perodua Axia. Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Elite itu telah mengakibatkan Perodua Axia terbabit remuk. Korang boleh tengok video tu yang turut dimuat naik di akaun Twitter @anthraxxxx kat bawah ni.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1380473341308334085
Reaksi netizen
Rata-rata netizen sangat ttidak berpuas hati dan mengecam tindakan pemandu lori terbabit. Tak kurang juga ada yang menegur tindakan pemandu Axia itu kerana teragak-agak ketika memandu.
Kalau tengok video tu, memang nampak pemandu tu lori tu bersalah sebab berada di laluan yang tidak sepatutnya. Tapi benda dah nak jadi kan, nak buat macam mana?
Betul, admin setuju. Dekat highway pun ada papan tanda ‘Ikut Kiri Kecuali Ketika Memotong’. Kalau tak nampak juga, bukan ke dah tau lori tak boleh memandu di lorong paling kanan.
Ada baiknya kita untuk tidak terus menuding jari dan kata pemandu lori tu nak bunuh orang. Kita tak tahu niat dia. Biarlah pihak berkuasa yang menentukan nasibnya.
Logik juga. Cuma part kereta melompat tu je tak logik. Kalau ada cipta kereta yang boleh lompat mesti gempak gila. Setakat yang admin tahu Myvi je boleh ‘melompat’ sampai ke bumbung, tu pun bukan semua driver boleh buat.
Sabar… jangan marah-marah. Sekarang ni kemalangan pun dah berlaku. Harap kita semua ambil iktibar dari peristiwa yang berlaku ni untuk lebih berhati-hati ketika memandu.
Baca: [NGERI] Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Lepas Cuba Elak Pintu Kereta