in

“Remuk hati mak ayah kalau tengok”- [VIDEO] Buli Dalam Bilik Darjah, Mangsa Hanya Diam, Kawan-Kawan Pula ‘Bersorak’

FEATURED 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes buli tak pernah berhenti, setiap hari pasti ada sahaja kes buli tidak kisahlah babitkan pelajat sekolah, rakan-rakan, di tempat kerja atau sebagainya.

Namun video buli di bilik darjah yang baru sahaja di muatnaik di facebook sebentar tadi mengundang kecaman ramai pihak.


Dalam video berdurasi kurang satu minit ini menyaksikan bagaimana seorang pelajar dibelasah pelajar lain, mangsa tidak pula melawan manakala rakan-rakan lain bersorak menyaksikan adegan tersebut.

BULI
Sumber: facebook

Video yang baru sahaja dimuatnaik beberapa jam yang lalu, sehingga kini meraih hampir SETENGAH JUTA tontonan di facebook.

Rata-rata mengecam tindakan dilakukan pelaku selain kecewa dengan rakan-rakan lain yang hanya bersorak seakan-akan menyokong perlakuan pelaku, bukannya membantu mangsa.

5 1
Sumber: facebook
6 2
Sumber: facebook

Bagaimanapun lokasi kejadian masih belum dapat dikenalpasti, malah punca kejadian juga masih tidak diketahui.

 

Baca : Kau tak bagi duit, aku sepak [VIDEO] Pelajar Sekolah Kena Pau RM5 & Diterajang Pembuli

TERAJANG

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.