Seorang pemandu lori sampah yang merempuh tembok plaza tol di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) kini sedang diburu oleh pihak polis selepas pemandu lori warganegara Indonesia itu melarikan diri sejurus selepas kejadian, lapor Harian Metro.
Difahamkan, lori sampah tersebut telah terbabas sebelum tembok konkrit plaza tol LDP itu dirempuh oleh lori berkenaan.
Menurut Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat iaitu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, lelaki Indonesia yang dipercayai merupakan pemandu lori itu telah melarikan diri dan meninggalkan kelindan lori warganegara Bangladesh yang cedera di lokasi kejadian.
Artikel berkaitan: Nahas Tol Bukit Kajang: Menteri Pengangkutan Dedah Tak Guna ‘Child Seat’ Punca Bayi Tercampak Keluar
Artikel berkaitan: Nahas Plaza Tol Bukit Kajang: Pemandu Dakwa Brek Gagal Berfungsi, Lori Kali Terakhir Diservis April
Turut tular di media sosial rakaman video kejadian tersebut di mana lori sampah jenis Isuzu itu dilihat bergerak dari lorong paling kiri sebelum ke kanan, dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok konkrit plaza tol tersebut.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.30 petang beberapa hari lalu ketika lori itu dalam perjalanan ke arah Bukit Puchong dari arah Putrajaya, lapor Malaysia Gazette.
Sumber: Harian Metro