in

Remaja Sakan ‘Berselfie’ Tidak Sedar Rakan Terkapai-kapai Kelemasan Hingga Mati

Pic shows: The NCC cadets were taking a selfie when Vishwas drifted towards the middle of the pond and drowned (the man is drowning behind them). This is the shocking moment a student was caught on camera drowning in a pond in selfie photos taken by his laughing pals. The dead teenager, named only as Vishwas G., 17, was enjoying a picnic with fellow students from the National College in the city of Bangalore in south-western India's Karnataka state. They went for a swim in the pond, during a college trip to a temple at Ravagondlu Betta, near Kanakapura, where Vishwas got into difficulties, unnoticed by his friends. They continued laughing and posing for selfies in the water - not noticing that their friend had gone under the water behind them. His grieving family later sat with his body outside the National College, in the Jayanagar area of Bangalore, in protest at his death. They claimed lecturers in charge of the trip had been negligent but called off the action after management promised an investigation and disciplinary action against any member of staff found to be culpable. Police confirmed that Vishwas G., the elder son of autorickshaw driver Govindaraju and his wife Sunanda, drowned in a 300-year-old temple tank. Sumanth A., one of the students, said: "We had finished swimming and left for the Gundanjaneya temple and did not notice Vishwas's absence. "One of the students was replaying his selfie photos and noticed Vishwas drowning being captured in the frame. "He immediately alerted the NCC unit chief, Prof Girish, and other friends, and by the time they returned to the Kalyani, an hour had passed. Vishwas was nowhere to be seen." Police said Prof Girish was present at the time but college authorities claimed that no faculty member had accompanied the students. Local police officers later pulled Vishwas's body from the tanks and his parents rushed to the scene after they were alerted by his friends. Ramanagara district SP Ramesh Banoth said: "The

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang gemar berswafoto demi merakam saat-saat indah bersama keluarga dan sahabat handai. Namun, ada juga segelintir pihak yang menjadi cuai apabila berswafoto hinggakan mereka tidak menyedari dengan apa yang berlaku di sekeliling.


Hal yang sedemikian telah pun menimpa seorang remaja lelaki di India apabila dia ditemui mati lemas tanpa disedari oleh rakan-rakannya yang sibuk ‘berselfie‘, lapor Malaysian Digest.

Sumber: Malaysian Digest

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, Vishwas G, 17, merupakan antara 25 pelajar dari kolej National Cadets Corp (NCC) Bengaluru yang mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak kolej berkenaan.

Pada petang itu, mereka beramai-ramai memutuskan untuk berenang di kolam dengan kedalaman 10 kaki di daerah Ramanagram. Selepas selesai bermandi-manda, kumpulan remaja terbabit sempat menangkap gambar swafoto mereka sebelum melawat sebuah kuil yang terletak berdekatan.

Namun, dek kerana terlalu seronok merakamkan detik itu, mereka tidak menyedari bahawa Vishwas sedang terkapai-kapai kelemasan sewaktu foto tersebut ditangkap.

Gambar hiasan

Lebih teruk lagi, mereka hanya menyedari kehilangan Vishwas selepas lebih kurang satu jam. Salah seorang rakannya dikatakan menyedari ketiadaan Vishwas tatkala melihat semula gambar-gambar yang ditangkap. Mereka kemudian terkejut apabila mendapati gambar itu memaparkan kepala Vishwas yang sudah tenggelam di dalam air!

Menyedari akan insiden malang itu, mereka dengan segera menghubungi polis Kagalipura dan mayat Vishwas yang tenggelam di dasar kolam tersebut akhirnya berjaya ditemukan.

“Gambar itu sendiri menunjukkan bahawa Vishwas tenggelam dan tiada siapa melihatnya. Kawan-kawan dan semua orang ada di sana, tetapi mereka tidak melihat apa-apa,” ujar Umar, rakan sekolej Vishwas.

Ekoran insiden tersebut, ibu bapa Vishwas menyalahkan pihak kolej atas kecuaian mereka mengabaikan keselamatan pelajar sewaktu lawatan berkenaan. Bapa Vishwas, Govind mengatakan bahawa tiada sebarang tindakan diambil terhadap pihak kolej dan pihak polis mengklasifikasikan kematian anaknya sebagai luar biasa.

“Selepas pihak kolej membawa pelajar, bukankah itu tanggungjawab mereka? Kolej itu berkata itu tanggungjawab NCC. Namun pihak kolej mengatakan mereka tidak tahu mengenainya.”

Selepas disiasat, ternyata pelajar-pelajar kolej berkenaan tidak mempedulikan papan tanda yang melarang mana-mana individu untuk masuk atau berenang di dalam kolam tersebut. Jangan langgar peraturan!

Itulah, kalau seronok sekali pun nak selfie, make sure korang peka dengan keadaan sekeliling ye rakan-rakan.

Baca: Remaja Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Hotel Selepas Tergelincir Ketika Cuba Selfie di Parkir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.