in

Remaja Dikafan AJK Masjid Gara-Gara Curi Tabung Masjid, Siap Diminta Ambil Wuduk Dulu

cover 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular apabila pihak pengurusan sebuah masjid di Selangor memandikan seorang remaja lelaki kerana mencuri tabung masjid. Tindakan memandikan seperti jenazah tersebut menerima banyak kecaman daripada banyak pihak, namun ada juga yang menyokongnya.

Terbaharu, seorang remaja lelaki dilaporkan telah dikafan oleh ahli jawatankuasa masjid selepas dia ditangkap cuba untuk mencuri kotak tabung masjid.


Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Masjid Al Mujahid, Kota Pontianak di Indonesia baru-baru ini. Video remaja lelaki tersebut dikafan telah dimuat naik di Instagram Daily Pontianak dan tular sehingga mendapat perhatian warganet.

2 13

6 2

Sambil remaja tersebut dikafan oleh seorang lelaki, seorang individu lain sempat merakam dan bertanyakan beberapa soalan kepada pesalah tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada siang hari dan ini bukanlah percubaan pertama remaja lelaki tersebut cuba untuk mencuri kotak tabung masjid. Sebelum ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pernah merakamkan kelakuan remaja tersebut.

“Ini percubaan kedua saya, saya mohon maaf,” katanya sambil badannya dibungkus dengan kain kafan.

https://www.instagram.com/p/CY50Ka4NqKd/

Menurut sumber, pihak pengurusan masjid sempat meminta remaja lelaki tersebut mengambil air wuduk sebelum dikafankan seperti mayat sebenar.

Untuk rekod, remaja lelaki tersebut sudahpun diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Mujur hanya dikafan, jika ikutkan saya terus dihantar masuk kubur,” tulis seorang warganet di ruangan komen.

 

Kredit: MedianeKita, DailyPontianak

BACA: Kes Mandikan Remaja Seperti Jenazah: Pihak Masjid Takkan Mohon Maaf, Serah Isu Kepada Peguam

Capture 29

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.