Kejadian banjir pada hari ini masih lagi meninggalkan kesannya serba sedikit di beberapa tempat dan orang ramai juga telah mula dinasihatkan untuk berhati-hati dengan cuaca yang masih tak menentu.
Baru-baru ini, satu perkongsian gambar di Twitter baru-baru ini telah menyebabkan netizen mempersoalkan tentang pengurusan rekod kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang dilihatkan disidai di bangku untuk dikeringkan.
Medical records yang rosak akibat banjir terpaksa disidai untuk dikeringkan. Apa guna sistem HIS @KKMPutrajaya yang bernilai ratusan juta ringgit dibangunkan kalau kita masih lagi kena simpan rekod secara manual macam ni? pic.twitter.com/CeFjAivuLq
— Abah (@chairmanGLC) January 4, 2022
Tweet dikongsikan menerusi akaun rasmi @chairman_GLC, dia menyifatkan bahawa pusat-pusat kesihatan di negara kita seharusnya mempunyai sistem yang lebih moden dan lebih kepada cara online untuk menyimpan data-data pesakit dengan selamat.
Di bahagian thread tweet itu juga, pengguna ini menyuarakan pendapatnya bahawa sekiranya pihak-pihak berkenaan masih lagi kekal menggunakan kaedah manual, ianya akan menyusahkan ramai orang sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini.
“Rekod pesakit kena simpan 7 tahun dari tarikh terakhir lawatan. Pediatrik 18 tahun, O&G 25 tahun. Selepas itu barulah diarkibkan. Ini yang masih boleh diselamatkan. Macam mana pulak rekod yang tak boleh diselamatkan? Bagaimana pesakit nak cari balik rekod mereka?”
Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan bahawa isu ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan kerana ianya melibatkan data dan juga rekod kesihatan pesakit. Oleh itu, luahan pengguna itu mendapat perhatian dari netizen dengan berkongsikan beberapa pengalaman mereka.
Di hujung thread pada tweet yang sama, dia mengharapkan agar perubahan dari segi sistem penyimpanan rekod pesakit dapat dibuat dengan segera.
Tak apa, kita doakan semoga semua dimudahkan yaa… Mungkin semua dah ada dalam perancangan slow-slow… Kita tunggu je okay?
Baca: 9 Kawasan Terkesan Banjir Di Selangor & KL Tidak Perlu Bayar Bil Air Bulan Januari – Air Selangor