Baru-baru ini, kecoh apabila terdapat khabar angin yang mengatakan pelakon senior membuli pelakon muda di set penggambaran.
Kenyataan pelakon muda yang mengeluarkan dakwaan itu kemudiannya mendapat perhatian nama-nama besar dalam industri seperti Nabila Huda serta Ahmad Idham.
Aritkel berkaitan: “Maaf atas kekhilafan” – Nadhir Nasar Beri Penjelasan Susulan Nama Disenarai Dalam Gerakan Boikot Artis
Artikel berkaitan: “Rezeki tu datang dari Tuhan” – Nadhir Nasar Lantang Sokong Palestin, Tak Risau Kerja ‘Tersekat&’
Pelakon drama bersiri Project: High Council, Nadhir Nasar menerusi laman X miliknya juga mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut namun ciapannya itu menimbulkan reaksi negatif daripada netizen khususnya peminat seni lakonan tempatan.
Sebab kau, pelakon senior ada stereotype terhadap pelakon baru. Great.
Senang cerita, kalau kau takde masalah, takde orang nak buat masalah dekat kau. Tak perlu semua benda nak cerita. Reflect diri tu balik.
— Hiragi (@NadhirNasar) November 18, 2024
Dalam ciapan itu, pelakon berusia 27 tahun itu berkata disebabkan kenyataan daripada individu tersebut, ramai pelakon senior mempunyai stereotaip terhadap pelakon baru.
Nadhir juga berkata individu berkenaan tidak sepatutnya menceritakan semuanya selain berpesan agar dia bermuhasabah diri.
Pun begitu, kenyataan pemenang Hero Remaja itu seakan tidak mendapat reaksi positif dari peminatnya, ramai merasakan Nadhir seolah-olah menyokong tindakan buli dalam kalangan pelakon itu.
Pun begitu, dalam ciapan tersebut Nadhir tidak mengeluarkan nama mana-mana pelakon berkenaan isu tersebut.
Sumber: X