in

“Rebah kemudian sawan” – Pemain Badminton U-17 China Meninggal Dunia Ketika Perlawanan

Syaz Ft 2024 07 01T105140.035

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kini sedang berlangsung Badminton Junior Asia Championships di Yogyakarta, Indonesia. Kejohanan ini menampilkan bakat-bakat muda Asia bagi sukan tersebut.

Namun, satu berita yang amat mendukacitakan telah berlaku apabila pemain muda daripada China maut selepas rebah ketika dalam peralwanan menentang Jepun bagi peringkat kumpulan.


Artikel berkaitan: Sanggup Bangun Jam 4 Pagi Untuk Berguru Dengan Misbun Sidek, Ramai Puji Disiplin 3 Pemain Badminton Thailand Ini

Artikel berkaitan: Penonton Badminton Bersorak Lepas Tengok Kehadiran Dato’ Lee Chong Wei Di Sukan Asia

Zhang Zhi Jie yang baru berusia 17 tahun itu tiba-tiba rebah di tengah gelanggang ketika skor terikat 11-11 pada perlawanan pertama.

Cats

Video penuh di sini.

Dia terbaring di atas gelanggang lalu diserang sawan sebelum pasukan perubatan bergegas memberikan pertolongan cemas, dia kemudiannya dikejarkan ke hospital.

Meskipun mendapat rawatan rapi di hospital, pemain berusia 17 tahun itu meninggal dunia pada pukul 11.20 PM (waktu Indonesia).

Badminton Asia, Persatuan Badminton Indonesia dan pihak penganjur mengeluarkan kenyataan bersama mengenai kematian Zhi Jie.

Grxebxrboaafgyo

“Pemain perseorangan China, Zhang Zhijie, rebah di atas gelanggang semasa perlawanan petang itu. Dia dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia pada 23:20 waktu tempatan semalam.” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, turut tular di aplikasi X sebuah video yang memaparkan pemain-pemain lain memberikan tanda penghormatan serta berkabung susulan kematian pemain muda itu.

Sebagai info,  Kejohanan Badminton Remaja Asia sedang berlangsung di GOR Among Raga, Yogyakarta, dari 28 Jun-2 Julai bagi kategori berpasukan campuran, pertandingan akan diteruskan dengan kategori individu dari 3-7 Julai.

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.