in

Rayuan Najib Gagal Disebabkan Dirinya Sendiri? Ini Penjelasan Hakim

Najib Razak Kes Src

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat  menjelaskan prosiding rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melibatkan kes penggubahan dana SRC International Sdn Bhd tidak didengari oleh panel hakim terdahulu ialah disebabkan oleh dirinya sendiri.

Keputusan penghakiman majoriti 4-1 tersebut secara tidak langsung telah menolak permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan panel Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana penyelewengan dana berjumlah RM42 juta.


Tambahnya lagi, tiada penafian hak pemohon dan tiada pelanggaran keadilan dalam kes berkenaan.

Keputusan majoriti tersebut dipersetujui oleh hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Keputusan bertentangan hanya diperolehi oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang turut mempengerusikan panel lima hakim berkenaan.

Ong berkata dalam penghakimannya bahawa peguan Najib sendiri yang tidak mahu membuat penghujahan lisan sejak permulaan prosiding rayuan tahun lepas, walaupun peguam Datuk Hiysam Teh Pok Teik dibenarkan berbuat demikian oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel hakim yang menolak rayuan mantan perdana menteri tersebut sebelum ini.

Mengenai penangguhan rayuan yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan, Ong menjelaskan mahkamah mempunyai budi bicara mutlak untuk membenarkan atau tidak sebarang penangguhan.

Tambahnya lagi, panel terdahulu telah menggunakan budi bicara mereka secara bijaksana.

Hisyam Teh Poh Teik Najib

Mengenai permohonan Najib  untuk semakan terhadap pelepasan peguamnya (Hisyam) daripada mewakilinya semasa rayuan tersebut, hakim berkata mahkamah mendapati pendapat pemohon bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan pelepasan peguan itu tidak boleh dipertahankan.

Ini kerana, kuasa itu memang ada dan ianya diperuntukkan dalam Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Sementara itu, mengenai permohonan Najib untuk semakan semula sabitan dan hukumannya, mahkamah memutuskan panel terdahulu telah mempertimbangkan 94 alasan rayuan, penghujahan bertulis serta keputusan mahkamah terdahulu yang mendengar kes Najib.

Jadi, penghakiman majoriti tersebut membuat kesimpulan bahawa tiada merit untuk semakan semula keputusan mahkamah terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap mantan perdana menteri itu.

Baca : [TERKINI] Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Kes SRC, Najib Kekal Jalani Hukuman

Najib Razak Kekal Bersalah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.