Kerap melakukan pembedahan plastik pada wajah dan tubuh badannya, usahawan kosmetik Safiey Illias telah mendedahkan bahawa dia mula melakukan pembedahan kosmetik ini semenjak berusia 17 tahun lagi.
Menerusi satu video pendek yang dimuat naik di TikTok, Safiey atau nama sebenarnya, Mohd Saifuddin Illias, 27, memberitahu yang dia dah melakukan pelbagai jenis pembedahan kecuali pembedahan penukaran jantina dan tengkorak.
https://www.tiktok.com/@ratu.safiey.illias/video/6975201555867847938?_d=secCgYIASAHKAESMgowNn3M7FmHJAnuDKDZLSODzZpkpH%2BmIky5v3iXwFT0NDvyi2MR%2BYtUl0vxC1AWQ%2BaUGgA%3D&_r=1&checksum=43a9544f334c7e2539499a3c9d56e114cb0d8ed7f68a59603e314259abd3cf3c&language=en&mid=6975201454164314881&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=6975201555867847938&share_link_id=0C0C7494-CBD4-4C7D-A070-E4D93558C826&source=h5_t×tamp=1624335974&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Oh ratu dari umur 17 tahun dah operate semua kecuali ‘bawah’ dan tengkorak. Potong rahang semua tak ada. Hidung, dahi, lesung pipit, kecilkan bibir, dagu, buat payudara dan sedut lemak.
“Masa umur 17 tu tak potong lagi bawah tu tapi datang SPM semua dah settle. Lengkap dah. Gigi pun dah,” katanya.
Menerusi video tersebut juga dapat dilihat jahitan di bahagian dahinya susulan daripada pembedahan kosmetik yang dilakukan.
Malah dia juga mengakui wajahnya akan mengalami bengkak selepas melakukan pembedahan tersebut.
“Dah macam apo dah esok bangun kepala kecik badan besar”
Walau bagaimanapun, video tersebut telah mendapat kecaman hebat netizen yang tidak setuju dengan pembedahan yang dilakukan kerana wajahnya kelihatan agak pelik. Malah ada juga yang menyamakan wajah Safiey seperti watak kartun Jimmy Neutron.
Harap Safiey kembalilah ke pangkal jalan. Banyak sangat dah tu pembedahan dia buat.