in

“Rasa panas dah macam neraka” – Viral Audio Bekas Pesakit Covid-19 Merintih Teringat Azab 14 Hari di Wad

Featured 2

Viral di media sosial klip rakaman perbualan bekas pesakit Covid-19 bersama seorang wanita dipercayai saudaranya di mana dia menceritakan pengalamannya ketika dirawat di sebuah hospital dekat Johor.

Menurut mStar, lelaki itu dilaporkan telah pun sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah. Haji Man (bukan nama sebenar) telah dimasukkan ke hospital dan dirawat selama 14 hari akibat dijangkiti virus itu.

Berikut adalah perkongsian Haji Man:

Seksanya nauzubillah. Kepala pening, perut sakit, demam, tulang-tulang semua sakit. 10 hari tak ada selera makan. Bau nasi pun nak muntah.”

Haji

“Di hospital tak boleh pasang kipas dan aircond. Rasa panas dah macam neraka. Saya menangis siang malam pagi petang tengok sebelah-sebelah (katil), tak sampai hati tengok. Ada yang teruk sangat.”

“Di sebelah katil saya, isterinya meninggal pun tak dibenarkan tengok. Ada seorang lagi anaknya berusia setahun dipisahkan daripada maknya.”

“Malam pun tak boleh tidur, didoakan yang kena biarlah Allah SWT sembuhkan, yang belum kena biar Allah lindungi jangan sampai kena. Setiap jam saya menangis, terlalu sakit…terlalu pedih. Dimaklumkan sana meninggal dunia, di sini meninggal dunia.”

“Saya mengadu kepada Allah SWT, kalau saya mati, amalam saya beberapa hari ini mudah-mudahan diterima…moga jadi bekalan buat saya. Kalau saya sihat, inilah ubat saya (doa), ubat lain tak ada.”

“Tengok doktor dan jururawat yang merawat saya pun tak sampai hati. Mereka pun seksa, baju basah (peluh) dari atas sampai bawah kerana panas.”

Haji2

Kata Haji Man, dia pernah menjalani pembedahan buah pinggang dan berulang-alik ke hospital pakar selama dua tahun untuk mendapatkan rawatan.

“Tapi azabnya tak macam ni. Pengalaman saya selama 14 hari di hospital macam 14 tahun rasanya.”

“Kenapa pakai penutup mulut 24 jam. Memang azab betul, saya bukan main-main. Sebab tu saya merayu kepada Allah SWT, mereka yang belum kena minta dijauhkan.”

Baca: “Badan macam terbakar, tekak macam telan kaca” – Pesakit Covid-19 Cerita ‘Seksa’ Kena Jangkitan

1 Pay Coronavirus Nhs Reality 1