Setiap kali raya, mesti keluarga kita akan ambil gambar raya sekeluarga sama-sama. Boleh nampak setiap tahun bertukar-tukar warna baju raya. Tapi, tak semua orang ada peluang yang sama macam apa yang kita lalui setiap tahun.
Kisah wanita bernama Umi Lyssa ini cukup menyayat hati bila suaminya dijemput Ilahi pada 3 tahun lalu. Walaupun perasaan sedih tiada lagi sambutan Syawal bersama arwah suami, dia terpaksa menyimpan kesedihan itu demi anak-anaknya.
Siap bawa gambar dan baju
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Umi Lyssa di Tiktok pada 17 Mei lalu sehingga mendapat hampir 40 ribu tontonan, kelihatan Umi dan anak-anaknya melakukan photoshoot keluarga bersama-sama dengan berpakaian raya sedondon berwarna hijau zamrud .
@noorlyssa84 Al-Fatihah Papa❤️Arwah Mohd Zulhisham❤️#SiAnakYatim #fypシ #fyp #TahunKetigaBerayaTanpaPapa #tiktok #videoviralitiktok #fypシ゚viral #MogaKuatAnak2Mummy
Apa yang mebuatkan ramai netizen tersentuh hati adalah bila mereka siap bawa sekali gambar dan juga uniform tentera milik arwah suaminya, Mohd Zulhisham untuk berada di dalam gambar photoshoot tersebut. Rasa nak nangis bila tengok video ni weh.
Walaupun hanya bergambar bersama foto arwah bapa, anak-anak masih kelihatan tersenyum gembira untuk bergambar. Kuat betul diorang ni.
Netizen sebak
Seolah-olah boleh faham perasaan mereka sekeluarga, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak bila tengok perkongsian video wanita ini. Ramai juga yang menghadiahkan al-Fatihah kepada arwah suaminya.
Semoga arwah berada dalam kalangan orang beriman. Kita doakan wanita ini dan anak-anaknya tabah menghadapi ujian ini. In Shaa Allah.
Sumber: Umi Lyssa