in

“Rasa isteri jauhkan diri” – Percaya Isteri Curang, Suami Bunuh Isteri Sebelum Larikan Diri Ke M’sia

Collage 51

Seorang lelaki dari Singapura mengaku bersalah membunuh isterinya selepas dia percaya isterinya itu curang.

Krishnan Raju, 57 tahun, yang bekerja sebagai pemandu bas ini telah berkahwin dengan isterinya, Raithena ketika dia berusia 17 tahun.

CNA melaporkan, sejak berkahwin lelaki ini memang bersifat posesif hingga anak-anaknya perasan Krishnan sering nak ambil tahu ke mana isterinya keluar dan dengan siapa.

Pada Disember 2016, hubungan pasangan ini mula merosot dan Krishnan merasakan yang isterinya dah berubah dan sering pulang ke rumah lambat dan dalam keadaan mabuk. Lelaki ini juga turut merasakan Raithena seperti menjauhkan diri dan buat alasan bila nak berhubungan badan.

Ketika isterinya pergi ke Melaka pada Januari 2017 untuk menghadiri majlis syarikat, Krishnan tiba-tiba muncul di hotel dan menuduh Raithena curang dan membuat tuduhan ini berkali-kali di depan ahli keluarga hingga wanita ini membuat keputusan untuk meminta cerai.

Oktober tahun yang sama pula, Krishnan telah mengugut untuk bunuh diri dengan mengambil pisau selepas pasangan ini bertengkar.

Selepas itu, Raithena membuat keputusan untuk keluar dari bilik dan mula tidur dalam bilik anak perempuan mereka. Bagaimapun, Krishnan yang curiga dengan isterinya itu telah memasang alat perakam audio untuk mendengar perbualan isterinya.

Hari pembunuhan

150935317559F6E6D741583

Pada 26 Oktober 2017, Krishnan telah pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sambil mendengar rakaman audio isterinya.

Dia mendengar isterinya itu menyebut nama seorang lelaki, Saravanan dan mendengar wanita itu ketawa. Krishnan terus menyangka Raithena mempunyai hubungan sulit dengan lelaki bernama Saravanan itu.

Nak dijadikan cerita, tanpa pengetahuan keluarga, Raithena memang ada menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya sejak November 2016.

Malam itu, Raithena pulang ke rumah dan masuk ke dalam tandas bilik utama untuk mandi. Krishnan yang mabuk setelah menghabiskan sebotol arak telah mengambil pisau dari dapur dan tukul besi sebelum masuk ke tandas untuk tikam isterinya.

Lelaki ini kemudiannya menyeret isterinya keluar dari tandas kerana mahu Raithena dengar balik audio suaranya yang lelaki ini rakam.

Selepas bergelut dan merayu supaya suaminya berhenti, lelaki ini tetap terus menikam wanita ini meninggalkan lima kesan tikaman di dada.

Anak jumpa mayat ibu

Loyang04

Ketika kejadian, anak perempuannya sedang makan malam di rumah saudara mereka dan akan pulang bersama sepupunya.

Kerana tak mahu anaknya jumpa mayat Raithena terlalu cepat, Krishnan telah menghantar beberapa mesej meminta saudaranya untuk hantar anaknya lambat.

Krishnan kemudiannya mengetuk soket elektrik dalam bilik tidur utama menggunakan tukul untuk mematikan bekalan elektrik.

Sebelum meninggalkan rumah, lelaki ini sempat mendengar nafas isterinya dan kerana nak cepat, dia tak sempat untuk menutup pintu.

Krishnan kemudiannya menghantar mesej meminta maaf sebelum melarikan diri ke Johor Bahru dan bermalam di rumah abangnya.

Lebih kurang jam 11 malam, anak perempuan pasangan ini meminta untuk dihantar pulang dan bila dia tiba, dia ternampak pintu depan terbuka dan cuba untuk buka lampu tapi tak berjaya.

Dia memasang lampu suluh dari telefon dan melihat kesan darah pada pintu bilik utama. Anak perempuan Krishnan ini kemudiannya memanggil sepupunya sebelum mereka sama-sama masuk ke dalam bilik tersebut dan menemui mayat ibunya dalam keadaan bogel berada dalam posisi duduk di atas lantai di antara dinding dan katil.

Mereka kemudiannya menelefon polis dan cuba untuk beri bantuan pernafasan sebelum pihak berkuasa tiba.

Keesokan harinya, Krishnan tiba di Singapura dan menyerahkan diri di Woodlands Checkpoint.

Tahap kesihatan mental Krishnan

Krishnan Raju

Pakar psikiatri, Dr Cheow Enquan yang memeriksa Krishnan menemui yang lelaki ini mengalami gangguan khayalan jenis cemburu.

Walaupun isteri Krishnan terbukti curang, tapi lelaki ini tak ada bukti yang kukuh untuk tahu isterinya benar-benar curang ketika waktu pembunuhan.

Dr Cheow percaya, tindakan Krishnan ini adalah kerana cemburu yang melampau hingga dia tak boleh nak mengawal dirinya.

Keadaan Krishnan ini telah mempengaruhi keupayaan dia untuk membuat keputusan yang rasional dan memberi kesan kepada keupayaannya untuk mengawal diri.”

Pun begitu, Dr Cheow percaya yang gangguan mental Krishnan ini tak memberi kesan kepada keupayaannya untuk tahu apa yang dia lakukan itu salah.

Pendakwa raya meminta agar Krishnan diberikan hukuman penjara 12 tahun memandangkan lelaki itu tak pernah ada rekod jenayah dan mempunyai masalah mental. Pun begitu, dorang turut menekankan yang ianya bukan alasan untuk Krishnan bertindak sedemikian memandangkan dia sedar dengan apa yang dia telah lakukan.

Manakala peguam bela pula meminta agar hukuman penjara bagi lelaki ini dikurangkan kepada maksimum lapan tahun kerana masalah mental ini adalah sebab utama pembunuhan berlaku.

Mahkamah masih belum menetapkan hukuman bagi lelaki ini,

 

Baca: “Tak serik langsung” – Walaupun Dah Berkali-kali KANTOI Curang, Khloe TETAP Bagi Peluang Pada Tristan Semula

Screenshot 2020 07 29 At 2.41.10 Pm

Sumber: AsiaOne