Saat paling indah apabila melihat anak-anak membesar dengan sihat dan gembira dihadapan ibu bapa. Namun, apabila dapat mengusik anak yang masih kecil, perkara tersebut pasti dapat menghiburkan hati seisi keluarga.
Baru-baru ini, satu video mengenai seorang bapa mengusik anak lelakinya menjadi tular. Dalam video tersebut, ayahnya bertanya dimanakah telinga anaknya?
Apa yang melucukan, rambut yang tebal dan kerinting membuatkan anaknya keliru untuk mencari kedudukan telinga.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Student Pasrah Rambut Kena Gunting, Tapi Yang Jadi Perhatian Cikgunya!
Artikel berkaitan: Doktor Ini Dedah Punca Dan Cara Untuk Elakkan Rambut Beruban Di Usia Muda
Kecomelan kanak-kanak lelaki itu membuatkan ibu bapanya juga tertawa dengan teletahnya. Video berkenaan dikongsi di akaun TikTok ‘Telatahafro’ mendapat pelbagai reaksi netizen.
Video sebelum ini kereta mainan tersangkut dekat rambut, kali ini telinga pula tak jumpa. Apa pula video lain yang akan tular pula selepas ini?