Korang pernah tak lalui pengalaman seram ketika lalui highway ketika musim perayaan baru-baru ini?
TikToker terkenal, Adam Eji baru-baru ini ada berkongsi kisah daripada salah seorang pengikutnya mengenai pengalaman seram melalui lebuhraya West Coast Expressway (WCE) ketika pulang dari kampung.
Menurut Adam, wanita itu berkata, punca kejadian seram itu berlaku adalah kerana sikap adiknya yang bermulut celupar ketika mereka melalui lebuhraya tersebut.
Artikel berkaitan: Sampah Bertaburan Di ‘Highway’ Menuju Ke Gua Musang, Lelaki Dakwa Sisa Orang Berbuka Puasa?
Artikel berkaitan: “Seram” – Balik Kerja Lewat Malam, Lelaki Ini Terkejut Nampak ‘Sesuatu’ Di Jalan, Rupanya…
Pulang dari kampung lalu WCE, kucing tiba-tiba jadi pelik
Kisah itu dimulakan dengan wanita itu menceritakan situasi dia bersama adiknya dan seekor kucing dari berhari raya di kampung.
Ketika melalui highway tersebut pada waktu malam, adiknya secara tidak sengaja telah menghamburkan kata-kata yang agak celupar.
Kalau jalan-jalan gelap dekat WCE, malam ni tiba-tiba pocong lalu ke, hantu lalu ke, Maya Karin lalu ke, dan kereta berhenti…”
Pada saat itu, wanita mula berasa tidak selesa dengan kata-kata yang keluar dari mulut adiknya berkenaan hal tersebut.
Situasi mulai menjadi seram apabila tiba-tiba jalan raya menjadi kelam dan kucing mereka yang berada di belakang mula mengeluarkan bunyi pelik atau ‘hissing’.
Kereta terhentak kuat, adik bertukar sikap jadi senyap
Secara tiba-tiba kereta adik beradik ini terhentak kuat dan membuatkan mereka terkejut sehingga pemanduan kenderaan tersebut sedikit bergegar.
Si kakak yang masih memandu kenderaan itu tiba-tiba berasa sesuatu yang pelik menyentuh lehernya sehingga dia merasa tidak selesa.
Adik dia masa tu pulak nak cuba letak kucing dalam mini cage yang mereka bawa itulah.
“Adik dia letak, tiba-tiba kucing yang tengah hissing itu diam. Adik dia pusing depan je, adik dia terus senyap tak cakap apa. Membisu,” katanya.
Si kakak sepanjang perjalanan berasa agak pelik dengan situasi itu kerana adiknya dan kucing mereka diam tanpa sebab.
Elok dia tengah pandang adik dia, dia pandang depan tiba-tiba dia nampak pocong tengah-tengah jalan.
“Dia sempat mengelak pocong tu, kereta dia dah macam nak terbabas tapi dia sempat control lagi. Tapi masa tu juga, adik dia tak bunyi apa-apa. Tak menjerit dan kucing tu pun senyap je. Something is wrong,” katanya.
Selepas 4 jam setengah perjalanan, mereka akhirnya tiba di rumah dan adiknya menceritakan apa yang berlaku sehingga membuatkan dia terdiam di dalam kereta.
Masa adik dia nak letak kucing dalam cage kecil tu, dekat seat kereta belakang kakak dia ada pontianak tengah duduk elok je dengan rambut berkibar panjang. Rambut dia penuh dekat leher kakak dia.
“Rambut pontianak itu sangat panjang dan mengerbang sehingga penuh dalam satu kereta. Adik dia sorang saja nampak,” katanya.
Korang boleh dengar selanjutnya dalam video di bawah ni:
@adameji7 Balik raya pun kena kacau hantu ek. 🙂↔️ Kerepek pedas basah sedap gila by @mk berkat kerepek @Mk_Berkat Enterprise . Lebih 15 tahun makan kerepek ni tak pernah jemu ya 🤩 ceritahantu kisahseram adameji7 africanmalaysian fyp fypdongggg Raya2024 Ramadan2024 mkberkat wcehighway
Video berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen yang mana berkongsi pengalaman yang hampir serupa.
Apa-apapun berhati-hatilah di jalan raya dan pastikan korang bacalah ayat pendinding kalau dah terasa seram naik kereta di waktu malam tu. Kalau ada story seram yang menarik, boleh share dengan kita orang okay?
Sumber: TikTok