in

Ramai Wanita Kelantan Lacurkan Diri Pada Pekerja Asing Demi Duit Lebih

adik manis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, walau susah macam mana pun hidup kita, janganlah sampai pilih jalan hitam semata-mata untuk dapatkan duit lebih.

Menurut NST, ramai sebenarnya orang tempatan kat Kelantan yang bekerja part-time sebagai pelacur untuk dapakan duit extra. Kebanyakan dari dorang ni sebenarnya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Hmmm…


lac2 1
Gambar hiasan

Main target wanita-wanita ni ialah pekerja asing dari Myanmar dan Bangladesh. Menurut Ketua Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan sendiri, Zaini Sulaiman, ramai wanita tempatan dan pekerja asing telah ditangkap khalwat.

Dia menjelaskan lagi yang perkara ni merupakan trend terbaru kat sana di mana pelacur tempatan mencari pelanggan dalam kalangan pekerja asing. Korang jangan terperanjat bila dengar alasan dorang! Alasannya ialah dorang tertarik dengan rupa pekerja asing ni yang kacak ala-ala pelakon Bollywood. Ada yang macam muka SRK ke?

lac1
Gambar hiasan

Menurut WORLD OF BUZZ, yang lagi mengejutkan, ada je antara yang memilih untuk jadi pelacur ni sebenarnya dah berkahwin dan berkeluarga. Erkk??

“Daripada rekod kami, kebanyakan kes khalwat melibatkan wanita tempatan termasuklah yang sudah berkahwin sama ada dengan lelaki tempatan ataupun lelaki asing. Mereka ditangkap di hotel bajet semasa operasi yang dijalankan oleh pegawai agama negeri.”

“Kebanyakan mereka pergi ke hotel bajet di kawasan terpencil sebab mereka percaya aktiviti mereka tidak akan dapat dikesan,” jelas Zaini.

Menurut Zaini lagi, jika wanita ni didapati bersalah, dorang boleh didenda maksimum RM4,000 ataupun penjara sekurang-kurangnya 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Memanglah mudah dapat duit, tapi kan elok kalau dapat duit dari sumber yang halal.

Nota: Gambar di atas hanyalah sekadar hiasan

Baca: Sisi Gelap Kawasan Pelacuran Terbesar di Asia

kel1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.