Bekas jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei sememangnya sangat disenangi oleh rakyat Malaysia walaupun sudah lama ‘menggantung’ raketnya. Walaupun sudah bersara, beliau masih mengikuti rapat perkembangan semasa dunia badminton selain difahamkan kerap ‘menyantuni’ peminat melalui media sosial.
Disebabkan keramahan beliau juga, tidak hairanlah sekiranya apa yang dimuatnaiknya di media sosial akan menjadi perhatian para peminat baik yang mengikuti perkembangan beliau ataupun tidak.
Turut berkahwin dengan pemain badminton wanita perseorangan negara, Wong Mew Choo, difahamkan semalam merupakan ulangtahun ke sembilan pasangan berkenaan dan kedua-duanya saling bertukar ucapan yang dimuatnaik ke Instagram masing-masing.
“Saya tidak pernah tahu saya tahu bagaimana untuk bermimpi. Sehinggalah saya bertemu dengan awak. ”
View this post on Instagram
Menceritakan kisah awal bagaimana beliau melamar Datin Wong Mew Choo 9 tahun dahulu di Gold Coast, beliau akui pada awalnya perasaannya sangat gementar dan sambil berseloroh mengatakan ianya lebih gementar dari perlawanan akhir Olimpik atau ketika mengambil keputusan SPM kerana tidak ‘study‘.
Ucapan yang bersahaja dan penuh dengan lawak jenaka berkenaan diteruskan lagi apabila menceritakan apa yang berlaku selepas lamaran dibuat. Menurut LCW, ketika itu dia berasa takut dan terkejut kerana Datin ketika itu berdiam seketika sebelum menerima lamaran tersebut.
“Saya tengok cermin hari-hari, bukan Andy Lau la tapi muka boleh cari makan ma”
Apa yang menarik perhatian ramai adalah penceritaannya yang bersahaja selain diselitkan dengan penuh jenaka namun penuh makna. Salah satu yang membuat ramai tergelak sakan adalah apabila dia merendah diri dengan mengatakan dia tidaklah sekacak pelakon Andy Lau tetapi mukanya boleh ‘cari makan’.
Seakan-akan tidak sabar untuk menyambut ulangtahun ke-10 tahun hadapan, dia ingin merancang untuk mengadakan sambutan yang lebih romantik sambil berharap situasi semasa sudah lebih pulih ketika itu.
Menutupi ucapan penuh bermakna tersebut, sekali lagi wira badminton negara ini mencuit hati ramai apabila mengatakan tahun ini sambutan agak biasa, tetapi berjanji akan mendapatkan ikan ‘siakap kayangan’ dari Langkawi.
Bila perhatikan ruangan komen, selain penuh dengan ucapan tahniah, ramai juga yang terhibur dan akui yang beliau ini merupakan seorang yang sangat kelakar selain ada yang berseloroh meminta beliau sertai program lawak terkemuka!
Min setuju kalau dia join, biar partner dengan Tan Boon Heong, dua-dua kelakar!
Baca : “Dah macam ayah sound anak” – Gelagat Hendrawan Nasihat Lee Zii Jia Curi Tumpuan Peminat