Kewujudan media sosial pada masa kini memperlihatkan ramai yang ingin menjadi pencipta kandungan (content creator) atau pempengaruh (influencer), sekali gus timbul pemikiran yang merasakan pelajaran formal tidak lagi penting.
Hal ini disebabkan kita sering disajikan dengan pendedahan pendapatan lumayan seorang content creator yang jauh sekali jika nak dibandingkan dengan kerja makan gaji.
Baru-baru ini, seorang individu mempersoalkan adakah sistem pendidikan masih relevan lagi selepas membuat perbandingan tangga gaji seorang content creator dengan mereka yang belajar bertahun-tahun.
Artikel berkaitan: Lebih 65% Graduan Malaysia Dapat Gaji ‘Cukup-cukup Makan’, Tak Mampu Nak Menyimpan & Melabur
Artikel berkaitan: “Kalau kita buat dalam Malaysia ok je tapi…” – KA Respon Kenapa Buat Video ‘Promote’ Negara Luar
Khairul Aming kongsi realiti sebenar content creator
Tanggapan individu terbabit diperbetulkan oleh personaliti media sosial yang juga seorang doktor, Dr Malar yang mendedahkan perkara itu tidak seindah yang dikhabarkan.
Bahkan, pempengaruh popular Khairul Aming juga bersetuju dengan kenyataan Dr Malar mengenai realiti sebenar seorang content creator.
Menerusi perkongsiannya di X, Khairul Aming mengakui tidak ramai content creator yang boleh bertahan lebih dari 3 tahun.
“Kalau bergantung dekat paid review boleh survive untuk jangka pendek sahaja (kurang dari 5 tahun, malah ramai tidak boleh survive lebih dari 3 tahun).”
Jelasnya, dalam industri ini, semuanya bergantung kepada engagement dan sejauh mana seseorang itu masih relevan dalam pasaran.
“Semakin hari semakin ramai content creators, dan semakin susah nak bersaing untuk dapatkan engagement, serta semakin susah nak kekal relevan.
“Jenama akan memilih siapa sahaja yang relevan pada waktu itu,” dedahnya.
Tambahnya lagi, apabila persaingan semakin sengit, content creator akan mula sanggup buang harga demi mendapatkan job paid review.
“Sebab itu industri ini (influencer, paid review) nampak mewah, tapi tidak tahan lama kalau tidak jaga penjenamaan peribadi dan tidak alihkan sumber pendapatan kepada perniagaan atau lain-lain,” jelasnya lagi.
Benda ni betul. Kalau bergantung kat paid review boleh survive untuk short term sahaja (less than 5 years, in fact ramai cannot survive more than 3 years).
Your rate card bergantung kepada engagement and your relevancy in the market. Semakin hari semakin ramai content creators,… https://t.co/GXuBkRvncF
— Khairulaming (@khairulaming) June 3, 2025
Khairul Aming juga menyatakan ramai yang sukar mengawal nafsu untuk tidak bermewah setelah menerima pendapatan lumayan yang akhirnya mereka tidak sempat untuk menyimpan pada masa akan datang.
Sebenarnya, ramai pempengaruh atau selebriti yang berpendidikan tinggi telah memberi nasihat betapa pentingnya pendidikan dalam kehidupan.
Sumber: X