Penyanyi Ariff Bahran tampil menjelaskan isu bayaran persembahan yang dianggap terlalu rendah dan tidak berbaloi bagi seorang penghibur.
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama penuh Muhammad Ariff Bahran Ahmad Zahari, 27, menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini bukan semata-mata kerana menolak bayaran RM1,400, sebaliknya demi membela kebajikan rakan-rakan seindustri.
Artikel berkaitan: “Saya buat suka-suka” – Ariff Bahran Tak Kisah Dikecam Gara-Gara Simpan Duit Dalam Peti Sejuk
Artikel berkaitan: Tiba-tiba Rebah Atas Pentas, Penyanyi K-Pop Hyuna Minta Peminat Jangan Risau
@ariffbahran RM 1.4k ke RM 10k ke..kau perlu tahu what and where is your value. Harga diri kau yang sebenar. Done and wrap for this topic. We buy we sell and we consign @myrzluxury 👜 #lifestyle #success #motivation #mindset #reels
“Ramai yang salah faham dengan apa yang saya katakan. RM1,400 tu saya tolak kerana mahu fokus dengan perkara lain.
Tapi saya bercakap tentang RM1,400 mewakili anak-anak seni yang menyanyi sepenuh masa dekat luar sana. Mereka mempunyai nilai tersendiri.
RM1,400 tu kalau mereka terima, mungkin itu sahaja job mereka untuk dua ke tiga bulan atau pun sebulan sahaja,” katanya.
Dalam masa sama, pelantun lagu Kata Akhirmu itu turut mempersoalkan sikap segelintir penganjur yang didakwa sanggup membayar artis luar negara dengan kadar jauh lebih tinggi berbanding penyanyi tempatan.
“Artis seberang sanggup keluarkan RM30,000 ke RM40,000 tapi bayaran artis lokal kita sedih. Macam ini ke penganjur di Malaysia? Potong harga sesuka hati untuk artis lokal kita.
Saya ada kawan-kawan yang kadar harganya dulu mencecah RM15,000 ke RM30,000 tapi sekarang job yang RM3,000 pun dia terpaksa ambil juga.Tapi, itulah rezeki masing-masing.
RM1,400 je RM10,000 ke, kau perlu tahu nilai diri iaitu harga diri kau yang sebenar,” katanya di TikTok.
Terdahulu, Ariff mendedahkan dia pernah ditawarkan serendah RM1,400 untuk mendendangkan dua buah lagu, namun mengakui kini memperoleh lebih banyak keuntungan melalui kerjaya baharunya berbanding bidang nyanyian.
Sumber: TikTok
